Negara yang mempunyai lambang burung garuda ialah negara yang berjiran dengan kita iaitu Indonesia. Indonesia mempunyai budaya, agama, adat dan bangsa yang hampir sama dengan negara kita. Jadi pelajar yang sambung pengajian ke Indonesia tidak akan menghadapi masalah dalam mencari tempat makan, ibadat solat dan sebagainya.
Daulah Educonsult merupakan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat konsultan kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk sambung belajar ke luar negara. Syarikat ini juga ada menawrakan negara lain seperti Rusia, Mesir, Poland, Bangladesh dan Turki. Pelajar yang sambunng belajar ke Indonesia sangat beruntung sebab mereka boleh melancong sebelum memulakan sesi pembelajaran.
Daulah Educonsult akan mengiringi mereka ke tempat-tempat pelancongan di Indonesia seperti Bali, Danau Kota dan macam-macam lagi. Segala bayaran tidak perlu dirisaukan kerana bayaran tersebut telah dimasukkan di bawah Daulah Educonsult. Bidang yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult bagi universiti di Indonesia ialah perubatan, pergigian, farmasi, veterinar, syariah dan banyak lagi.
Universiti yang tersenarai di Daulah Educonsult ialah Universiti Airlangga. Universiti menawarkan bidang perubatan kepada para pelajar. Pusat institusi ini terletak di skala antarabangsa dan dianggap sebagai sebuah universiti Big 5 di Indonesia. Selain itu, terdapat juga universiti yang menawarkan bidang yang sama iaitu Universitas Sumatera Utara. Universiti ini juga merupakan universiti yang paling ramai dipilih oleh pelajar.
Selain itu, terdapat juga bidang veterinar di Indonesia. Universiti yang menawarkan bidang veterinar ialah Institusi Veterinar Bogor yang terletak di Bandung. Institusi ini telah ditubuhkan pada 1 September 1963 di Indonesia. Institusi ini telah diiktiraf oleh World Health Organization (WHO), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysia Medical Council (MMC). Tempoh pengajian bagi bidang veterinar ialah selama 5 tahun.
Universiti yang menawarkan bidang pengajian Islam ialah Universitas Islam Negeri Ar-Raniry dan Universiti Islam Negeri Sultan Syarif kasim. Kedua-dua universitas ini menawarkan bidang usuluddin, syariah, Bahasa Arab dan banyak lagi. Tempoh pengajian bagi bidang ini ialah selama 4 tahun.
Mereka yang ingin sambung belajar ke Indonesia, terutama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dimasukkan ke Kolej Bersama Daulah. jadi pelajar akan belajar bidang yang mereka ambil semasa di Kolej tersebut untuk mendapatkan sijil asasi.
Sekiranya ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Bila kita sebut pasal mitos, selalu je melekat dalam budaya dan kepercayaan masyarakat setempat walaupun kadang terdengar macam tidak masuk akal kalau ikut logik....
Menggalakkan anak-anak untuk bersukan dan bermain di luar adalah penting untuk perkembangan fizikal, mental, dan sosial mereka. Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda...
Menjaga kesihatan jantung adalah penting untuk kesejahteraan kesihatan hidup kita. Penyakit jantung kekal sebagai salah satu punca utama kematian, dan ia sering berkembang secara...