Syarikat Safer telah membuka peluang kepada mereka yang ingin menjadi Safer Delivery Partner dan Driver untuk mendaftar dengan kami. Untuk makluman anda, pendaftaran untuk menjadi delivery partner dan driver Safer adalah percuma sahaja. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk menjadi seorang Rider dan Driver di Safer.
- Memiliki kenderaan seperti motor ataupun kereta.
- Mempunyai lesen D1 / B2.
- Memiliki Smartphone yang boleh akses ke internet.
Jika anda berminat untuk mendaftar anda boleh memuat turun aplikasi Safer Driver di Google Play Store ataupun App Store. Pengguna juga boleh melawat ke laman Youtube kami untuk melihat cara – cara mendaftar dengan Safer Delivery Partner dan Driver.
Safer Driver di Apple App Store : https://apple.co/2ZvyNeX
Safer Driver di Google Play Store : https://bit.ly/2yp8ADH
Untuk makluman anda, jika anda mendaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver anda juga boleh menjana pendapatan aktif dan pasif dalam pada masa yang sama. Menarik kan? Jika anda mahu mendapat lebih banyak pendapatan aktif anda bolehlah melakukan lebih banyak kerja penghantaran dan perkhidmatan lain. Tempahan yang diterima Safer Delivery Partner dan Driver akan dikira sebagai pendapatan aktif.
Pendapatan pasif pula berbeza dengan pendapatan aktif, lebih ramai orang menggunakan Referral Code anda semasa menggunakan perkhidmatan Safer, lebih banyak pendapatan pasif yang anda akan dapat.
Antara perkhidmatan yang dilakukan oleh Safer Delivery Partner dan Driver ianya termasuklah Safer Ride, Safer Food dan Safer Delivery. Rider akan menghantar barangan makanan dan minuman. Driver pula menghantar penumpang ke destinasi pilihan.
Perkhidmatan Safer Ride ialah menghantar penumpang ke destinasi pilihan mereka menggunakan kereta. Antaranya termasuklah SaferGo iaitu perkhidmatan membawa penumpang menggunakan kereta yang mempunyai 5 tempat duduk dan jenis kereta yang digunakan oleh SaferGo ialah Perodua Myvi, Proton Axia dan lain – lain.
Perkhidmatan SaferGo Xtra ialah jenis kereta yang mempunyai tujuh tempat duduk dan juga bersaiz MPV. Manakala, Safer Gold ialah jenis kereta yang mempunyai CC besar dan Safer Indulge mempunyai tujuh tempat duduk seperti Toyota Alphard dan Toyota Vellfire.
Safer Delivery pula rider menghantar barang menggunakan kereta atau motor sebagai medium penghantaran. Terdapat dua jenis pilihan di dalam Safer Delivery iaitu single delivery dan multi delivery. Untuk Single Delivery rider ataupun akan melakukan penghantaran ke satu lokasi pada satu masa. Manakala, multi delivery ialah penghantaran barang kepada beberapa lokasi.
Perkhidmatan Safer Food ialah menghantar makanan dan juga minuman yang ditempah oleh pengguna secara atas talian.
Untuk menjadi Safer Delivery Partner dan Driver anda perlulah menyediakan dokumen seperti Roadtax, Insurans, Geran dan juga Akaun Bank. Ianya penting untuk melakukan urusan pendaftaran sebagai driver dan rider Safer.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami, layari laman web dan juga media sosial kami.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup