SAFER FOOD merupakan sebuah platform perniagaan yang dapat memperluaskan perniagaan makanan peniaga. Pelbagai jenis makanan boleh dijual melalui dalam aplikasi SAFER FOOD sahaja. Mereka yang hendak berdaftar adalah terbuka kepada home kitchen, restoran, peniaga warung, peniaga trak makanan dan banyak lagi.
Macam mana nak muat turun aplikasi SAFER FOOD? Mudah sahaja. Aplikasi SAFER FOOD boleh dimuat turun melalui Google Play Store bagi pengguna Android atau Apps Store bagi pengguna Apple. Mereka juga menawarkan cara pendaftaran dengan menggunakan link yang diberikan di bawah.
Safer Food : https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Mereka yang mempunyai perniagaan makanan boleh berdaftar sebagai Safer Food Merchant. Namun sebelum melakukan pendaftaran, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah
  • Kad Pengenalan
  • Lesen perniagaan
  • Sijil halal
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Kesemua ini adalah maklumat atau butiran yang perlu dimuat naik supaya pengaktifan dapat dilakukan dengan mudah. Selain itu, mereka  juga perlu membuat beberapa tetapan pada perniagaan mereka.
  • Waktu operasi kedai
  • Menu makanan
  • Lokasi perniagaan
  • Butiran akaun bank
Bila hendak berdaftar, kenalah buat tetapan seperti di atas. Jika tidak bagaimana pengguna hendak membuat tempahan makanan? Selain daripada itu, mereka juga boleh menyemak hasil jualan mereka menerusi aplikasi SAFER FOOD. Video di bawah akan menerangkan serba sedikit caranya.
Tapi macam mana pula kalau syarat seperti yang dinyatakan tidak lengkap? Jangan risau sebab SAFER FOOD ada menyediakan kelas untuk mereka. Safer Food Merchant yang berdaftar akan diajar bagaimana untuk memasukkan beberapa maklumat, butiran, gambar menu makanan, pendaftaran dan banyak lagi.
Kelas tersebut dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari. Mereka perlu mengisi borang di bawah untuk menyertai kelas tersebut.
Kelas Bersama Safer Food : https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood
Selain daripada itu, SAFER FOOD juga menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang ingin jana pendapatan sampingan. SAFER FOOD menawarkan kerja sebagai konsultan dan rider konsultan.
Kedua-dua kerja kosong ini adalah orang yang akan memberikan khidmat konsultan kepada peniaga yang hendak berdaftar sebagai Safer Food Merchant. Konsultan yang berdaftar akan diberikan nombor khas. Nombor itu akan menunjukkan mereka ialah konsultan SAFER FOOD yang sah. Begitu juga dengan rider konsultan.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web dan hubungi nombor yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 
?  Safer Food : 018-9624322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here