Safer merupakan sebuah syarikat e-hailing yang kini sedang membangun seiring dengan syarikat e-hailing yang lain. Safer juga sedang menawarkan kerja kosong iaitu sebagai pemandu Safer atau SAFER DRIVER. Pendaftaran sebagai SAFER DRIVER adalah percuma sahaja.
Pendaftaran boleh dilakukan menerusi aplikasi SAFER DRIVER yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apps Store. Mereka juga boleh melakukan pendaftaran dengan hanya klik sahaja laman web yang tertera di bawah.
Safer Driver : http://tinyurl.com/ycetm3vh
Sebelum melakukan pendaftaran sebagai SAFER DRIVER, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Antara syarat tersebut ialah :
    • Kad pengenalan
    • Lesen D1 atau B2
    • Gambar profil
Kesemua maklumat ini hendaklah maklumat yang sahih dan sah. Jika maklumat tersebut ialah maklumat yang salah, pengaktifan tidak dapat dilakukan dan berkemungkinan tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka. Selain itu, maklumat kenderaan juga perlu dimuat naik. Antara maklumat tersebut ialah
    • Roadtax
    • Geran
    • Insurans
    • Akaun bank
Maklumat ini adalah sebagai pelengkap untuk mendaftarkan kenderaan mereka ke SAFER DRIVER. Mereka yang berdaftar sebagai pemandu Safer atau SAFER DRIVER diwajibkan untuk mempunyai lesen PSV dan EPV. Lesen PSV boleh didapatkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan perlu menjalani beberapa ujian di sana.
Manakala lesen EPV ialah lesen yang akan diuruskan sendiri oleh Safer. Sekiranya lesen ini tidak ada, mereka boleh dikenakan saman. Arahan ini adalah daripada Menteri Pengangkutan sendiri.
Selain daripada itu, mereka juga boleh jana pendapatan aktif dan pasif secara serentak. Pendapatan aktif adalah pendapatan yang diterima secara langsung daripada pengguna. Manakala pendapatan pasif ialah pendapatan yang tidak langsung. Mereka perlu kongsikan referral code mereka kepada orang ramai.
Apabila orang lain berdaftar melalui kod tersebut dan menjalankan tugas melalui kod tersebut, mereka yang kongsikan kod tersebut akan jana pendapatan pasif atau komisen. Komisen yang diperoleh adalah sebanyak 1% daripada caj perkhidmatan di Safer.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here