Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menetapkan kaedah baru untuk menyampaikan skrol kepada para graduan UiTM. Ini berikutan dengan penularan semula wabak COVID-19 yang berlaku. Penyampaian skrol berkenaan dilakukan secara temu janji, di mana ianya akan bermula pada 7 November 2020 sehinggan 9 Januari 2021.

UiTM bertindak untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Mengutamakan aspek keselamatan, kesihatan, kebajikan dan juga keselesaan para graduan dan juga ibu bapa.

UiTM telah menggantikan Istiadat Konvokesyen UiTM Tahun 2020 dengan Penganugerahan Diploma/Ijazah secara Janji Temu. Ianya dilakukan dengan cara memilih tarikh janji temu secara atas talian. Janji temu tersebut dilakukan secara bergilir mengikut tarikh, masa dan tempat yang telah dipilih oleh para graduan. Gambar graduan akan diambil dan disatukan dengan gambar penganugerah yang telah ditetapkan.

BACA JUGA :   Jom Sambung Belajar Di Universiti Mansoura, Mesir

Kaedah ini dilakukan di seluruh cawangan kampus mengikut pilihan kampus yang terdekat dengan para graduan. Istiadat Konvokesyen UiTM ke 92 kali ini dilaporkan seramai 22 834 graduan yang akan terlibat.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here