Bangladesh merupakan sebuah negara yang terkenal dengan kelahiran pakar dalambidang perubatan. Bukan setakat itu sahaja, Bangladesh juga terkenal dengan bidang-bidang lain memandangkan negara tersebut mempunyai peralatan dan pengajian yang baik. Bangladesh salah satu negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult kepada pelajar.
Bidang yang terdapat di Bangladesh ialah perubatan, veterinar, farmasi, farmasi dan banyak lagi. Daulah Educonsult menawarkan pengajian ke Bangladesh bagi pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya. Namun, keputusan mereka hendaklah keputusan yang bagus.
Universiti yang menawarkan bidang perubatan ialah Dhaka Medical College. Kolej ini terletak di bandar besar Dhaka. Kolej ini juga telah menyediakan sebuah hospital buat pelajar melakukan praktikal bidang perubatan mereka. Hospital tersebut ialah Hospital Dhaka yang dibina pada tahun 1982.
Mymensingh Medical College juga merupakan sebuah institusi yang menawarkan bidang perubatan kepada pelajar. Kolej ini merupakan kolej perubatan milik kerajaan yang dibina pada tahun 1924. Sebelum ini, nama kolej tersebut ialah Sekolah Perubatan Lytton sehingga 1962 dan kemudian ditukar kepada Mymensingh College pada tahun yang sama.
Mymensingh Medical College juga telah menyediakan sebuah hospital kepada pelajar iaitu Hospital Kolej Perubatan Mymensingh dengan 1000 katil telah disediakan.
Sebuah lagi kolej yang menawarkan bidang perubatan ialah Chittagong Medical College yang ditubuhkan pada tahun 1956. Kolej ini merupakan kolej kedua tertua di Bangladesh selepas Dhaka Medical College.Kolej ini juga sama seperti dua kolej di atas dengan menyediakan hospital di dalam kampus.
Apa yang menariknya ialah hospital ini juag menerima pesakit luar selain dari pelajar di kolej berkenaan.
Sebuah institusi di Bangladesh menyediakan bidnag pergigian kepada pelajar dan merupakan kolej pergigian terbesar di Bangladesh. Kolej ini telah ditubuhkan pada tahun 1961. Malah, kolej ini juga merupakan sebuha kolej pergigian kerajaan pertama di Bangladesh. Kolej ini juga menyediakan unit kecemasan 24 jam kepada pesakit di Hospital Pergigian Dhaka.