Rusia adalah sebuah negara merdeka yang maju dan kaya dari segi peradaban dan kebudayaan. Sektor pendidikan dan pelancongan adalah antara sektor yang aktif di negara ini. Ramai pelajar yang memilih untuk melanjutkan pengajian ke universiti di Rusia disebabkan akan beberapa hal. Jika anda beminat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda , lakukan pendaftaran awal bersama Daulah Educonsult.

? https://bit.ly/32R1pPO ?

Jika anda berminat dalam bidang perubatan, Daulah Educonsult ada menawarkan kemasukan ke Kursk State Medical University. Universiti perubatan terulung di Bandar Kursk dan TOP 10 di Rusia ini menawarkan bidang pengajian Pra Perubatan, Perubatan dan Gerontologi. Kesemua bidang perubatan ini adalah antara yang menjadi pilihan pelajar yang melanjutkan pengajian ke universiti ini.

Peluang ini Daulah Educonsult buka kepada pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/STAM/A-level/IB/Diploma @ setaraf. Jika anda berminat, segera lakukan pendaftaran awal dan jalani sesi konsultasi percuma bersama Daulah Educonsult. Universiti perubatan ini antara yang terawal menawarkan kuliah yang dijalankan dalam bahasa Inggeris. Hal ini memudahkan pelajar yang kurang fasih berbahasa Rusia untuk menjalani kuliah seperti pelajar yang lain.

BACA JUGA :   Volgograd State Medical University Menawarkan Bidang Perubatan Terbaik

Turut dikenali sebagai KSMU, universiti yang terletak di bandar Kursk ini menyediakan fasiliti dan kemudahan yang selesa dan terbaik untuk kegunaan pelajar. Antaranya adalah kampus penginapan yang berhampiran, kemudahan beriadah dan sebagainya. Terdapat juga sebanyak 25 buah klinik dan hospital kerajaan yang menyediakan latihan amali untuk pelajar merasai realiti sebenar alam pekerjaan.

Antara daya tarikan lain adalah KSMU menyediakan sistem pembayaran yuran secara LOCK FEE dimana pelajar hanya perlu membayar yuran yang ditetapkan sahaja. Misalnya kos yuran perlu dibayar dalam kadar yang sama setiap tahun walaupun nilai Ringgit Malaysia mengalami kadar turun dan naik.

Pelajar dengan CGPA 3.0 sudah layak mendaftar sebagai pelajar di universiti ini. Risau dengan makanan halal? Di Rusia anda akan temukan pelbagai makanan halal khususnya makanan dari Timur Tengah kerana makanan halal semakin mendapat permintaan di sana. Islam juga semakin diterima di Rusia disebabkan kedatangan pelajar dan pelancong Muslim.

BACA JUGA :   Ayuh Belajar Sambil Melancong di Medan, Indonesia!

Tunggu apa lagi? Daftar segera sebagai pelajar di Kursk State Medical University untuk sesi kemasukan Oktober dan November 2020.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here