Madrasah Daulah merupakan sebuah institusi pendidikan yang menerima pelajar yang tidak mempunyai sijil SPM ataupun STAM. Madrasah Daulah terletak di Mesir. Madrasah Daulah menerima pelajar lelaki dan perempuan yang berusia 12 tahun sehingga 31 tahun.

Di Madrasah daulah, pelajar akan bersiap sedia dengan ilmu pengetahuan untuk memasuki Maahad Buuth. Tempoh masa untuk belajar di Madrasah Daulah ialah 1 hingga 2 tahun.

Pelajar perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk menduduki Ujian Imtihan Qabul.

Ujian ini merupakan penentu sama ada pelajar layak atau tidak untuk memasuki Maahad Buuth.

Sekiranya pelajar tidak dapat memasuki Maahad Buuth mereka akan dimasukkan ke Dirosah Khossoh.

Maahad Buuth merupakan sebuah sekolah menegah yang  bertaraf antarabangsa.

BACA JUGA :   Kenali Destinasi Pelancongan Dan Pendidikan Di Turki

Kebanyakan pelajar akan masuk ke Dirosah Khossoh. Di situ, pelajar akan belajar dengan lebih lagi untuk berjaya dalam Ujian Imtihan Qabul.

Kelebihan Madrasah Daulah ialah sebuah platform bagi pelajar membuat persediaan untuk melayakkan diri ke Maahad Buuth. Kemasukan ke dalam Madrasah ini terbuka kepada golongan muda dan yang lebih berusia.

Pelajar juga boleh memasuki Madrasah Daulah ini tanpa memerlukan sijil. Seterusnya ialah peluang utuk melanjutkan pelajaran ke Universiti terkemuka Mesir iaitu Universiti Al-Azhar. Pelajar juga berpeluang untuk fasih dalam berbahasa Arab. Antara bidang pengajian yang ditawarkan ialah usuluddin, syariah islam dan bahasa arab.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan mahu mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Sila hubungi nombor telefon di bawah dan layari laman web dan media sosial kami.

BACA JUGA :   Pesta Buku Antarabangsa Kaherah Ke 51

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here