Seiring dengan peralihan teknologi digital, kini anda sudah boleh perbaharui lesen memenadu secara atas talian sahaja. Ianya bermula 16 Oktober 2020 ini. Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lesen kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) akan dilaksanakan secara atas talian.
Selepas ini, anda tidak perlu bersesak-sesak beratur ke kaunter JPJ untuk memperbaharui lesen anda, hanya perlu lakukan di rumah ataupun dimana-mana sahaja yang mempunyai akses Internet. Pembaharuan lesen ini boleh dilakukan menerusi sistem myEG.
Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motorsikal boleh dilakukan bermula 9 Oktober 2020. Bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) pula adalah mulai 16 Oktober 2020. Namun pembeharuan lesen ini tidak termasuk dengan Lesen Belajar Memandu (LDL) dan juga Lesen Memandu Percubaan (PDL).
Pelaksanaan ini alah sebagai langkah inisisatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai. Tambahan ia juga selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal.
Ianya dilihat lebih cepat, pantas dan menjimatkan masa.