Safer kini membuka peluang kerja kosong kepada mereka yang hendak jana pendapatan secara serentak. Pendapatan secara serentak yang macam mana? Pendapatan serentak yang dimaksudkan ialah pendapatan aktif dan pasif. Sebelum berdaftar, segala maklumat dan butiran yang diperlukan hendaklah dilengkapkan.
Bagaimana hendak berdaftar? Hanya muat turun sahaja aplikasi SAFER DRIVER menerusi Google Play Store atau Apps Store. Mereka juga boleh melakukan pendaftaran dengan hanya tekan sahaja link yang tertera di bawah.
Safer Driver : http://tinyurl.com/ycetm3vh
Mereka yang hendak berdaftar perlu memuat naik beberapa maklumat yang lengkap dan syarat yang telah ditetapkan oleh Safer. Antara syarat atau butiran yang diperlukan ialah :
    • Kad pengenalan
    • Lesen
    • Gambar profil
Kesemua maklumat ini adalah maklumat yang wajib ada supaya pendaftaran dapat dilakukan dengan lebih mudah. Selain itu, maklumat kenderaan juga perlu dimuat naik iaitu
    • Roadtax
    • Geran
    • Insurans
    • Akaun bank
Jadi, maklumat yang dimuat naik hendaklah maklumat yang lengkap dan benar. Pengaktifan akaun dapat dilakukan dalam masa satu hari sahaja jika maklumat semua dapat dimuat naik. Ini juga dapat memudahkan kerja pihak Safer untuk melakukan pengaktifan dan pihak Safer Delivery Partner dan Driver.
Selain itu, mereka yang berdaftar sebagai Safer Driver atau pemandu Safer telah diwajibkan oleh kerajaan untuk mempunyai lesen PSV dan EPV. PSV ialah Public Service Vehicle manakala EPV ialah E-Hailing Permit Vehicle. PSV adalah lesen yang wajib ada dan boleh didapatkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Manakala lesen EPV ialah lesen yang akan diuruskan sendiri oleh Safer. Kedua-dua lesen ini adalah lesen wajib ada bagi semua pemandu kenderaan e-hailing. Arahan seperti ini telah diarahkan oleh Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong.
Tetapi bagi rakan penghantar Safer atau Safer Delivery Partner tidak perlu ada lesen EVP. Namun, pada hujung tahun ini, Menteri Pengangkutan telah menyatakan bahawa pada hujung  tahun ini akan diluluskan lesen p-hailing. Lesen p-hailing ialah lesen untuk penghantaran barang.
Tambahan, mereka juga boleh jana pendapatan pasif dan aktif secara serentak.
Pendapatan aktif ialah pendapatan yang dibayar secara langsung oleh pengguna e-hailing selepas menggunakan perkhidmatan Safer. Manakala perkhidmatan pasif ialah pendapatan yang akan dijana dengan hanya kongsikan referral code.
Referral code tersebut boleh didapatkan selepas berdaftar. Malah, kod itu boleh dikongsikan kepada sesiapa sahaja. Apabila ada yang berdaftar di bawah kod tersebut dan menjalankan tugas sebagau rakan penghantar atau pemandu, anda akan jana pendapatan pasif.
Pendapatan pasif atau komisen yang diperoleh adalah sebanyak 1% daripada caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna. Makin ramai yang lakukan tugas, makin ramai komisen yang diperoleh.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lengkap, sila layari laman web yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here