COVID-19 yang semakin mencatatkan kenaikan kini tidak lagi mengenal mangsa. Terbaru, YB Senator Datuk Dr Zulkifli al-Bakri iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) disahkan positif COVID-19. Pengesahan itu dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi kenyataan di media sosial, beliau meminta dan menasihati orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan dirinya bermula 24 September hingga 4 Oktober lalu untuk melakukan ujian saringan COVID-19.

“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik,”.

بسم الله الرحمن الرحيمKepada Allah saya berserah, kepada-Nya jua saya memohon pertolongan.Seperti yang telah saya…

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Isnin, 5 Oktober 2020

Beliau yang dijadualkan merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ar Rahnu YaPEIM di ibu negara tidak hadir ke program berkenaan.

BACA JUGA :   INDONESIA MENGHADAPI MASALAH KEBAKARAN HUTAN

Menurut Dr Noor Hosham Abdullah, pengesanan dan siasatan kontak sedang giat dijalankan. Hal ini termasuklah saringan gejala san pengambilan swab untuk pengesanan jangkitan COVID-19. Kontak rapat yang dikenalpasti akan diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here