Mereka yang hendak mencari wang sampingan boleh berdaftar sebagai pemandu kenderaan e-hailing di bawah SAFER. Pada waktu ekonomi sedang membangun ini ramai yang mula mencari pekerjaan baru dengan pelbagai cara untuk menyara hidup masing-masing. Jadi SAFER telah membuka peluang pekerjaan sebagai rakan pemandu SAFER.
Pendaftaran sebagai pemandu SAFER adalah secara percuma. Caranya mudah sahaja dengan muat turun aplikasi SAFER DRIVER menerusi Google Play Store atau Apps Store. Mereka juga lakukan pendaftaran dengan hanya klik link yang tertera di bawah.
Safer Driver : http://tinyurl.com/ycetm3vh
Namun sebelum mereka lakukan pendaftaran sebagai pemandu SAFER, terdapat beberapa dokumen yang perlu dimuat naik ke dalam aplikasi SAFER DRIVER. Antaranya ialah :
-
-
Lesen D1 atau B2
-
Kad pengenalan
-
Gambar profil
-
Selain itu, mereka juga perlu memuat naik beberapa maklumat kenderaan ke dalam aplikasi yang sama. Maklumat tersebut ialah :
-
-
Roadtax
-
Geran
-
Insurans
-
Akaun bank
-
Maklumat yang dimuat naik hendaklah maklumat yang sahih. Jika maklumat tidak dapat dilengkapkan, pengaktifan akaun tidak dapat dilakukan dalam masa satu hari. Malah, mereka yang berdaftar boleh memilih kenderaan apa yang mereka hendak daftarkan. Jenis kenderaan yang disediakan ialah
-
-
SaferGo : kereta jenis ekonomi yang telah dikeluarkan dari tahun 2011 hingga tahun yang paling terkini. Kereta jenis ini tidak kisah kereta itu jenis hashabck atau sedan. Contoh kereta adalah seperti Perodua Myvi, Proton Saga, Perodua Perdana dan macam-macam lagi.
-
Safer Gold : kereta yang mempunyai enjin berCC besar. Kereta ini sesuai untuk membawa penumpang ke majlis atau acara. Contoh kereta adalah seperti BMW, Mercedes, Porsche dan lain-lain.
-
SaferGo Xtra : kereta yang mempunyai enam atau tujuh tempat duduk dan jenis MPV. Mereka boleh membawa penumpang yang lebih daripada 3 orang. Contohnya seperti Perodua Alza, Toyota Avanza, Proton Exora dan lain-lain.
-
Safer Indulge : kereta yang mempunyai kapasiti kenderaan yang lebih besar daripada MPV. Kereta ini sesuai untuk membawa penumpang ke lapangan terbang.
-