Madrasah Daulah menerima pelajar yang tidak memiliki sijil SPM atau STAM untuk melanjutkan pelajaran ke Maahad Buuth. Institusi pengajian Islam ini terletak di Mesir.

Bagi pelajar yang menamatkan pengajian di sini dapat melanjutkan pengajian ke Universiti Al – Azhar.

Pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Maahad Buuth, perlu melepasi Ujian Imtihan Qabul.

Di mana, ujian penentuan sama ada pelajar dapat memasuki Maahad Buuth ataupun perlu terlebih dahulu memasuki Dirosah Khossoh.

Maahad Buuth merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa. Malah, sekolah tersebut merupakan di bawah pentadbiran institusi Ilmu Al – Azhar Asy – Syariff.

Seperti yang diberitahu, jika pelajar berjaya menamatkan pengajian mereka di Maahad Buuth mereka akan terus diserap masuk ke Universiti Al – Azhar.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Tawarkan Universiti yang Masih Buka Permohonan untuk sesi 2022

Institusi berkenaan akan turut menanggung pelajar yang berjaya diserap untuk belajar di situ.

Kepada pelajar yang tidak ada sijil SPM dan STAM dan inginkan peluang menyambung pengajian.

Madrasah Daulah adalah jalan yang paling sesuai untuk merealisasikan impian anda. Walaupun begitu, untuk memasuki Madrasah Daulah terdapat beberapa untuk masuk:

  1. Dibuka untuk lelaki dan perempuan
  2. Berumur dalam lingkungan 12 ke 31 tahun
  3. Mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar

Pelajar yang tidak berjaya melayakkan diri ke Maahad Buuth akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Di situ para pelajar akan belajar dengan lebih mendalam tentang pengajian islam. Subjek yang akan di ajar di Dirosoh Khossor ialah :

  1. Tahsinul Quran
  2. Tahfizul Quran
  3. Talaqqi Dalaman
  4. Pengajian Bahasa Arab
  5. Pengajian Umum
  6. Program Study Tour
  7. Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
BACA JUGA :   Faedah Minum Air Kelapa

Pelajar hanya perlu melengkapkan pengajian mereka. Selepas tamat sahaja pengajian mereka akan menyambung pengajian ke Universiti Al – Azhar.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, hubungi talian di bawah serta layari laman web dan media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here