Laporan kes baharu COVID – 19 semalam mengejutkan satu Malaysia, kes paling tinggi jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini. Sebanyak 691 ke baharu dikesan semalam dan separuh dari bilangan itu iaitu 394 kes adalah dari Kluster Tembok iaitu di Penjara, Kedah.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kluster Tembok merupakan kluster terasing di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dan di dalam penjara. Ini bermakna mereka terasing daripada masyarakat.
Penularan yang berlaku dalam kalangan banduan ini bermula di Penjara Tawau, Sabah. Ianya disebabkan oleh seorang banduan yang baru diterima dari Lahad Datu. Banduan itu juga telah disahkan positif COVID-19 pada 2 September lepas.
Kes COVID -19 yang melibatkan banduan dan juga staf penjara telah mencecah sebanyak 1126 kes. Malah, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, mengatakan bahawa ketika ini petugas kesihatan hanya dibenar memberi ubat tanpa bersemuka dengan pesakit itu. Bagi tahanan yang kritikal pula sudah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.
Kluster Temboh ini dikesan pada 30 September apabila seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja di penjara berkenaan maut. Siasatan dan ujian COVID-19 yang dilakukan selepas kematian lelaki tersebut mendapati beliau positif COVID-19. Siasatan juga mendapati bahawa virus tersebut telah tersebar di kalangan banduan – banduan.
Rakyat Malaysia mestilah mengambil langkah penjagaan dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM. Amalakan 3W (Wash, Wear, Warn) dan elakkan 3C (Crowded Places, Confined Spaces, Close Conversation).