Madrasah Daulah menerima pelajar yang tidak memiliki sijil SPM dan STAM. Pelajar  juga berpeluang untuk menyambung pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana melalui Madrasah Daulah.

Madrasah Daulah juga merupakan sebuah institusi pengajian islam yang terletak di Mesir. Pembelajaran di Madrasah Daulah terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang berusia 12 hingga 31 tahun.

Tempoh pengajian di Madrasah Daulah ialah selama 1 hinnga 2 tahun. Pelajar akan belajar di Madrasah Daulah terlebih dahulu sebelum memasuki ke Maahad Buuth. Ini kerana di Madrasah Daulah pelajar akan menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk menduduki ujian kelayakan untuk memasuki Maahad Buuth. Maahad Buuth ialah sebuah sekolah yang bertaraf antarabangsa.

BACA JUGA :   Bidang Pengajian Islam Masih Menjadi Pilihan Relevan

Pelajar akan menduduki Ujian Imtihan Qabul untuk menentukan sama ada pelajar layak atau tidak untuk memasuki Maahad Buuth.

Sekiranya pelajar tidak berjaya melayakkan diri ke Maahad Buuth, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor.

Ianya bertujuan untuk pelajar mempelajari tentang pengajian islam dan bersiap sedia untuk menduduki Ujian Imtihan Qabul.

Pelajar yang dimasukkan ke Dirosoh Khossor ini akan mempelajari pengajian islam di dalam bahasa Arab. Antara subjek yang akan diajar ialah Tahsinul Quran, Tahfizul Quran, Talaqqi Dalaman, Pengajian Bahasa Arab, Pengajian Umum, Program Study Tour dan Talaqqi Kitab Bersama Syeikh.

Pelajar yang menamatkan pengajian di Madrasah Daulah akan terus diserap masuk ke dalam Universiti Al – Azhar di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

BACA JUGA :   MEMPUNYAI IMPIAN UNTUK BERGELAR SEBAGAI SEORANG DOKTOR ? AYUH REALISASIKAN IMPIAN ANDA!

Jika pelajar berminat untuk melanjutkan pengajian ke Mesir, Madrasah Daulah adalah jalan yang sesuai untuk para pelajar. Malah, inilah peluang bagi pelajar yang tidak mempunyai sijil SPM dan STAM untuk melanjutkan pengajian.

Maklumat lanjut boleh di dapati di laman web dan media sosial kami. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian di bawah.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here