Gangguan bekalan air di sekitar kawasan Kuala Selangor akan terjejas pada 13 Oktober ini, gangguan itu berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh buat sementara waktu pada tarikh berkenaan bagi kerja-kerja penggantian injap.
Menurut notis yang dikeluarkan Air Selangor, pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di LRA Sg Sireh ini akan membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap serta memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum.
Penambahbaikan infrastruktur loji ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor untuk meningkatkan kualiti demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.
Terdapat 28 kawasan di sekitar kawasan Kuala Selangor yang akan menghadapi gangguan air pada selasa minggu hadapan. Antara kawasan yang akan terlibat ialah :
- Bagan Tengkorak
- Jalan Ban Canai
- Jalan Kunci Air Buang
- Kampung Ampangan
- Kampung Pinang
- Kampung Seri Tiram Jaya
- Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 – Parit 4
- Kampung Haji Razali
- Kampung Melaka / Kampung Kilat
- Kampung Sungai Kajang
- Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang)
- Kampung Ulu Tiram
- Kampung Tok Adam
- Lorong Bahagia
- Parit 1 Burong
- Seluruh Kawasan Sawah Sempadan Blok A – Z
- Seluruh Burong Sawah Parit 1 – Parit 4
- Sungai Sireh Lorong 1 – 23
- Taman Desa Jaya
- Taman Kopema
- Taman Radin Jaya
- Taman Sri Bakti
- Taman Sri Desa
- Taman Sri Jaya
- Taman Sri Setia
- Taman Sri Tanjong
- Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam
- Taman Wawasan
Menurut Air Selangor, gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9:30 pagi dan akan pulih sepenuhnya pada jam 10:00 malam, 13 Oktober 2020.
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh dan juga tekanan air pada sistem agihan.
Gangguan bekalan air ini berlaku berikutan dengan pencemaran yang berlaku di Sungai Semenyih.
Air Selangor juga menasihatkan kepada para pengguna yang terjejas supaya menyimpan bekalan air yang secukupnya. Pengguna perlu menggunakan air secara berhemah di sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
Proses pemulihan semula bekalan air bergantung kpd beberapa faktor seperti tekanan air, faktor muka bumi dan jajaran paip. Kami berterima kasih di atas kesabaran dan sokongan anda dalam memastikan proses pemulihan semula bekalan air sekarang ini akan berjalan lancar#AirSelangor pic.twitter.com/8ZFP5sixzZ
— Air Selangor (@air_selangor) October 7, 2020