Sulatn Johor - JAKIM
Kredit foto : INFO KINI

JAKIM Hanya Mahu Cari Jalan Penyelesaian

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih menunggu kebenaran pihak Istana Johor untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim.

JAKIM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir

Walaupun sudah sebulan berlalu, JAKIM masih belum dapat menghadap Sultan Johor walaupun Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha dan Jamil Khir telah menyatakan hasrat untuk bertemu Sultan Johor.

Kebenaran itu diperlukan JAKIM untuk mengadakan pertemuan dengan Sultan Ibrahim bagi membincangkan hal berkaitan isu pegawai kader JAKIM di Penjara Kajang, Dr. Zamihan Mat Zain.

Dr. Zamihan

Selain itu, pertemuan itu juga diadakan untuk menyelesaikan sebarang kemelut yang timbul antara Istana Johor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu gara-gara ceramah kontroversi Dr. Zamihan.

BACA JUGA :   Presiden ASWAJA Nafi Hina Sultan Johor Berhubung Isu 'Dobi-Muslim'

Pada bulan Oktober yang lalu, Dr. Zamihan yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) jelas mengkritik Sultan Ibrahim berikutan arahan penutupan kedai dobi layan diri ‘Muslim Sahaja’ dalam satu ceramahnya di Shah Alam.

Kedai Dobi Muslim Di Muar

Sehubungan dengan itu, Sultan Ibrahim telah menitahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) agar tidak membuang masa berurusan dengan JAKIM berhubung isu tersebut.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim

Bukan itu sahaja, Sultan Johor turut tidak mahu JAKIM memberi sebarang pandangan kepada negeri Johor.

Baginda menyifatkan Dr. Zamihan sebagai ‘tin kosong’ yang angkuh dan tidak menghormati keharmonian kaum pelbagai agama di negara ini.

Presiden Aswaja Malaysia, Dr. Zamihan

Walaubagaimanapun, Sultan Ibrahim sudahpun memaafkan beliau dan tidak mahu isu tersebut berpanjangan.

BACA JUGA :   Ini Respon Sinis Sultan Johor Terhadap Kritikan Yang Dilemparkan Dr. Zamihan

Selain Sultan Johor, Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah turut mengarahkan MAIS menarik balik pentauliahan kepada Dr. Zamihan, susulan kontroversi ceramahnya di Shah Alam itu, yang mengandungi perkataan bersifat rasis, kurang beradab dan kritikan melampau terhadap institusi diraja.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Sumber foto : World of Buzz

Apa-apapun, semoga kontroversi ini tidak dibiarkan berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan segera.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!


Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malaysia Gazette

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here