Kemasukan ke Madrasah Daulah melalui Daulah Educonsult semakin rancak dengan pendaftaran dari para pelajar yang serius ingin sambung pengajian. Pelajar yang berusia seawal 12 tahun hingga 31 sangat digalakkan lakukan pendaftaran ke Madrasah Daulah. Hal ini kerana melalui Madrasah Daulah, pelajar mampu melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth dan Universiti Al-Azhar tanpa sijil SPM dan STAM.

Jika berminat, lakukan pendaftaran segera dengan hanya klik link di bawah untuk lengkapkan pendaftaran. Konsultan di Daulah Educonsult akan hubungi anda dengan segera. Kemasukan seterusnya adalah pada Oktober dan November 2020. Pendaftaran awal adalah sangat digalakkan.

https://bit.ly/32R1pPO

Madrasah Daulah sediakan persiapan rapi kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth. Umum mengetahui kemasukan adalah sangat sukar tanpa persediaan yang rapi. Pelajar perlu melepasi Ujian Imtihan Qabul untuk melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth. Oleh itu, ramai pelajar yang memilih untuk melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah terlebih dahulu.

Di Madrasah Daulah, pelajar akan mempelajari beberapa subjek antaranya adalah bahasa Arab. Di Madrasah Daulah, kefasihan berbahasa Arab anda boleh digarap. Berikut adalah subjek yang akan pelajar pelajari di Madrasah Daulah :

BACA JUGA :   Kaherah Mesir Punya Daya Tarikan Tersendiri

?Tahsinul QURAN
?Tahfizul Quran
?Talaqqi Dalaman
?Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
?Pengajian Umum
?Pengajian Bahasa Arab
?Program Study Tour

Seterusnya, jika pelajar cemerlang dalam ujian tersebut, pelajar akan terus ditempatkan di Maahad Buuth yang merupakan sekolah menengah bertaraf antarabangsa. Namun jika pelajar kurang cemerlang , pelajar akan ditempatkan terlebih dahulu di Dirosah Khossoh iaitu pra menengah untuk membuat persiapan yang lebih rapi.

Maahad Buuth adalah berada di bawah kelolaan Institusi Ilmu Al-Azhar Asy-Syariff. Institusi pendidikan ini menerima pelajar dari seluruh dunia dan hampir 114 buah negara menghantar pelajar mereka untuk melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth. Berlokasi di Kaherah Mesir, Maahad Buuth menawarkan pengajian percuma kepada pelajar mereka kerana segala yuran dan kos pengajian ditanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar. Pelajar hanya perlu menyediakan kelengkapan pengajian seperti buku dan sebagainya.

Di Maahad Buuth, pengajian adalah berdasarkan penguasaan pelajar. Pelajar dibenarkan untuk ‘lompat kelas’ sehingga dua kelas jika cemerlang dalam sesuatu peperiksaan. Oleh itu memang wujud situasi dimana terdapat pelajar yang muda dan tua dalam satu kelas yang sama.

BACA JUGA :   Tarikh Keputusan SPM Akan Diumumkan Esok!

Selepas menamatkan pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan meneruskan pengajian ke Universiti AL-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Universiti Al-Azhar adalah universiti idaman pelajar yang berimpian melanjutkan pengajian ke Mesir, Di universiti tertua ini, pelajar akan melanjutkan pengajian yang mengambil masa sehingga tempoh 4 tahun.

Daftar segera untuk kemasukan ke Madrasah Daulah kerana kuota yang dibuka sudah semakin penuh!

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here