Kejadian yang telah menimbulkan kemarahan netizen apabila seorang pemandu wanita yang melanggar pemandu lain sehingga meninggal di tempat kejadian. Pemandu tersebut merupakan seorang wanita yang berusia 23 tahun telah melanggar pemandu kenderaan jenis Honda Accord.
Mangsa yang menaiki Honda Accord telah meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala mangsa. Tular di media sosial apabila video kejadian itu telah terakam pada “Dashcam” kereta pengguna jalan raya yang lain.

kejadian itu berlaku di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi semalam. Video tersebut juga dilihat kedua-dua kenderaan tersebut telah terbalik. Malah, wanita tersebut juga telah mereka-reka cerita kononnya terdapat sebuah kereta di hadapannya.
Tapi dia tidak sedar bahawa tindakannya itu telah dirakam pada “Dashcam” kereta lain. Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, “Video itu turut membuktikan dakwaan wanita itu tidak benar sama sekali terdapat kereta lain di hadapan keretanya melainkan tindakannya memcut laju ketika sampai di lokasi kejadian”.
Tambahnya lagi, “Dakwaan ada kereta berhenti di hadapannya, tidak benar. Dia memang laju. Ada banyak kesalahan yang dilakukan. Tidak mempunyai lesen kenderaan, cukai jalan tamat tempoh dan positif dadah jenis methamphetamine”.
Mangsa yang merupakan Tentera Laut Diraja Malaysia, Laskar kanan Mohd Rizak Buseri, 31 telah meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku pada jam 9 pagi. Malah, sebuah kenderaan juga telah terlibat dalam kemalangan tersebut namun tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Mangsa merupakan seorang warga emas yang memandu kenderaan jenis Proton Iswara iaitu Chang Ah May, 78 hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Menurut sumber video, kereta  yang dipandu suspek telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tembok batu pembahagi jalan.
Malah, disebabkan itu suspek telah melanggar kereta Honda Accord serta melanggar Proton Iswara sebelum kedua-dua kenderaan itu terbalik. Apa yang paling mengejutkan ialah suspek didapati di bawah pengaruh dadah. Malah, ketika di tahan suspek tidak mempunyai sebarang lesen dan cukai jalan miliknya juga telah tamat tempoh.
Rata-rata ramai netizen bengang dengan pemandu kenderaan itu yang hanya mereka cerita untuk melepaskan diri.

-Oktober 2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here