Jika tiada sijil untuk belajar, jangan risau. Pilih saja Madrasah Daulah. Madrasah Daulah menawarkan pendaftaran kepada pelajar yang bermula dari umur 12 hingga 31 tahun. Pendaftaran juga adalah dibuka kepada lelaki dan perempuan yang betul-betul berminat untuk belajar.
Madrasah Daulah terletak di Mesir dan sepanjang pelajar berada di sana, mereka akan dijaga oleh mudir. Mudir ini yang akan jaga dari pelbagai aspek terhadap pelajar-pelajar di sana.
Namun sebelum mereka melakukan pendaftaran, mereka akan ditawarkan dengan khidmat konsultan. Khidmat konsultan tersebut akan diberikan oleh pihak Madrasah Daulah dan tiada bayaran yang akan dikenakan.
Konsultan tersebut akan diterangkan perjalanan sepanjang belajar di sana, kehidupan di Mesir dan banyak lagi. Malah, pelajar juga akan ditawarkan dengan program Maahad Buuth.
Maahad Buuth ialah sekolah menengah di Mesir. Terdapat beberapa tingkatan di Maahad Buuth iaitu tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Selepas mereka berdaftar ke Madrasah Daulah, mereka akan dipersiapkan dengan mengajar mereka sebelum menduduki ujian penentuan.
Sepanjang mereka diajar di sana, mereka akan memasuki dua kelas wajib. Kelas tersebut ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.
Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab yang akan diajar Bahasa Arab sepenuhnya. Manakala Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran.
Selepas itu, sudah tiba masanya pelajar untuk menduduki Ujian Imtihan Qabul.
Ujian ini menyediakan soalan dalam Bahasa Arab sepenuhnya. Pelajar yang melepasi ujian tersebut akan dimasukkan ke Maahad Buuth. Pelajar yang mendapat keputusan sebaliknya akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor.
Dirosoh Khossor adalah sama seperti Maahad Buuth yang mempunyai 6 tingkatan dan akan diajar dalam Bahaas Arab sepenuhnya. Antara subjek yang akan diajar sepanjang di Madrasah Daulah ialah :
-
-
Tahsiinul Qur’an
-
Tahfizul Qur’an
-
Talaqqi Dalaman
-
Pengajian Bahasa Arab
-
Pengajian Umum
-
Program Study Tour
-
Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
-