Kes COVID-19 yang melonjak naik kebelakangan ini dipercayai bermula dengan individu yang bergejala mempunyai sejarah perjalanan pulang dari Sabah. Sebanyak 23 kluster si seluruh Malaysia telah dikenal pasti berpunca daripada kes indeks dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menegaskan kepada semua individu yang tiba dari Sabah wajib untuk menjalani saringan COVID-19.

Ini berikutan dengan peningkatan kes yang berlaku kebelakangan ini. Sabah masih mencatatkan kes terbanyak iaitu sebanyak 443 kes daripada jumlah 660 kes baharu yang telah dilaporkan semalam. Walaupun begitu, menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, kes pulih COVID-19 pula mencatatkan angka 350 dan merupakan yang tertinggi sejak permulaan pandemik di Malaysia.

BACA JUGA :   Awas " Tetamu Tak Diundang" Ketika Bencana Banjir

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham, individu yang mempunyai sejarah perjalanan pulang dari Sabah untuk menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) selama 14 hari daripada hari ketibaan . Individu tersebut juga akan dipakaikan gelang (wristband) dan perlu memantau kesihatan kendiri menggunakan Home Assessment Tool (HAT) yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera.

Menurutnya lagi, langkah ini telah diambil sejak 11 Oktober lalu sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Situasi berkaitan isu ini dipantau rapi oleh pihaknya dan jika ada sebarang perubahan ianya akan diumumkan dengan segera.

Beliau turut menyatakan secara keseluruhan kes positif COVID-19 yang melibatkan pengujung yang mempunyai sejarah perjalanan pulang dari Sabah sejak 22 September ialah sebanyak 394 kes. Daripada, jumlah tersebut dipercayai sebanyak 228 kes adalah dalam kalangan pengujung yang tica sebelum 27 September.

BACA JUGA :   Amalan '3c' yang Patut Dilakukan oleh Majikan dalam Kalangan Pekerja

Menurutnya lagi, sebanyak 166 kes lagi adalah dalam kalangan pengunjung yang tiba selepas daripada tarikh 27 September. Secara keseluruhannya sehingga 13 Oktober, seramai 18 478 individu yang mempunyai sejarah perjalanan pulang daripada Sabah telah disaring di semua pintu masuk antarabangsa dan domestik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here