Konsultan Safer Food ialah mereka yang akan memberikan khidmat konsultan kepada peniaga makanan yang hendak berdaftar.
Mereka juga akan bantu peniaga makanan yang hendak berdaftar ke Safer Food. Setelah itu, mereka boleh jana pendapatan dari tugas yang mereka lakukan.
Mereka yang hendak berdaftar tidak mempunyai sebarang syarat dan mereka hanya akan diberikan nombor siri sahaja.
Nombor siri tersebut untuk menunjukkan bahawa mereka yang berdaftar ialah konsultan Safer yang sah. Konsultan Safer Food kini sedang giat dicari di negeri Pahang, Johor, Penang dan Selangor.
Tapi apa pula Safer Food? Safer Food ialah sebuah platform untuk peniaga makanan mempromosikan makanan mereka atau berniaga secara dalam talian. Mereka yang berdaftar ialah peniaga makanan seperti home kitchen, restoran, peniaga trak makanan, peniaga warung dan banyak lagi.
Bagaimana hendak berdaftar? Mudah sahaja. Muat turun aplikasi Safer Food menerusi Google Play Store atau Apps Store. Pendaftaran juga boleh dilakukan dengan hanya tekan sahaja laman web yang ada di bawah. Mereka yang hendak berdaftar tidak akan dikenakan sebarang bayaran pun.
Safer Food : https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Namun, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum melakukan pendaftaran. Peniaga yang hendak berdaftar perlu mempunyai
-
-
Kad pengenalan
-
Lesen perniagaan
-
Lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
-
Sijil halal
-
Kesemua maklumat ini perlu ada supaya pendaftaran dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat. Sekiranya maklumat yang diminta dapat dilengkapkan, maka pengaktifan akaun dapat diaktifakan dalam masa satu hari sahaja. Mereka juga perlu membuat tetapan pada kedai mereka.
-
-
Waktu beroperasi (Hari dan Masa)
-
Lokasi premis perniagaan
-
Menu makanan (gambar)
-
Akaun bank
-