Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, melaporkan sebanyak 660 kes baharu telah dikesan semalam. Menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 17 540 kes. Daripada jumlah tersebut, 5768 adalah jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.

KKM turut memaklumkan bahawa kes sembuh COVID-19 pada 14 Oktober adalah sebanyak 233 kes dan telah menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 11 605 kes.

Kebelakangan ini Sabah masih mencatatkan jumlah kes yang tertinggi iaitu sebanyak 429 daripada 660 kes yang telah dilaporkan semalam. Disebabkan itu, banyak aktiviti saringan di lapangan yang sedang giat dijalankan dan banyak keputusan ujian sampel yang telah diperoleh.

Kebanyakkan kluster dan kes yang menular adalah berpunca daripada individu yang bergejala mempunyai sejarah perjalanan pulang dari Sabah. Didapati sebanyak 23 kluster si seluruh Malaysia telah dikenal pasti berpunca daripada kes indeks dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah.

BACA JUGA :   Pengoperasian Hospital Awam Dan Swasta Secara Hybrid.

Menurut perincian kes penularan COVID-19 di Sabah yang dilaporkan oleh KKM:

  Sabah : 429 kes

  • 197 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19
  • 78 kes daripada kluster – kluster sedia ada
  • 154 kes daripada lain – lain saringan COVID-19

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan, terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan COVID-19. Empat kes kematian tersebut melibatkan tiga warganegara Sabah dan seorang bukan warganegara juga di Sabah.

Peningkatan jumlah kluster baharu yang dilaporkan terutama di Semenanjung Malaysia, di samping peningkatan kes dalam kluster yang sedia ada. Berikutan dari peningkatan jumlah kes dan kluster yang aktif ini, terdapat beberapa daerah di Semenanjung Malaysia yang telah berubah menjadi zon kuning dan merah. Sehingga 14 Oktober 2020, sebanyak 52 daerah yang dilaporkan menjadi zon kuning dan sebanyak 19 daerah telah menjadi zon merah di seluruh Semenanjung Malaysia.

BACA JUGA :   Amalan Kesihatan Untuk Sistem Penghadaman Yang Sihat!

Disebabkan itu, KKM  menyatakan keiginan untuk mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersama – sama dalam membendung daripada berlaku penularan COVID-19 sebelum situasi menjadi lebih parah. KKM turut menyarankan agar semua rakyat Malaysia untuk mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here