Madrasah Daulah telah membuka pendaftaran bagi sesi Oktober dan November 2020 kepada pelajar. Malah, mereka yang hendak berdaftar tidak memerlukan sebarang sijil pun cukup hanya dengan semangat belajar yang tinggi sahaja. Pelajar juga dinasihati untuk sentiasa mematuhi peraturan sepanjang di Madrasah Daulah.
Pelajar yang hendak berdaftar jangan risau jika tiada sijil SPM atau STAM kerana Madrasah Daulah tidak memerlukan sijil pun. Pendaftaran di buka kepada pelajar yang berusia 12 hingga 31 tahun tanpa mengira lelaki atau perempuan. Sepanjang mereka berada di sana, mereka akan dijaga oleh mudir.
Selain itu, setelah berdaftar pelajar akan dimasukkan ke dalam kelas sebagai persediaan menduduki ujian. Ujian tersebut ialah Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini adalah ujian penentuan untuk pelajar memasuki Maahd Buuth. Kelas yang akan diduduki ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.
    • Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab.
    • Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran.
Tempoh pengajian sepanjang di dalam kelas tersebut ialah tidak lebih daripada satu tahun. Pelajar yang sudah habis pengajian di dalam kelas tersebut perlu menduduki Ujian Imtihan Qabul.
Soalan yang ada di Ujian Imtihan Qabul ialah soalan dalam Bahasa Arab. Pelajar yang berjaya melepasi ujian tersebut akan dimasukkan ke Maahad Buuth.
Maahad Buuth ialah sekolah menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Malah, pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Namun bagi pelajar yang tidak melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. terdiri juga daripada tingkatan 1 hingga 6.
Antara subjek yang akan diajar sepanjang di Dirosoh Khossor ialah :
    • Tahsiinul Qur’an
    • Tahfizul Qur’an
    • Talaqqi Dalaman
    • Pengajian Umum

 

    • Pengajian Bahasa Arab
    • Program Study Tour
    • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Setelah tamat pengajian di Madrasah Daulah, pelajar dapat sambung pengajian mereka ke Universiti Al-Azhar yang terletak di Kaherah, Mesir. Bidang yang ditawarkan di sana ialah Pengajian Islam yang mempunyai tiga pecahan iaitu Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab. Tempoh pengajiannya adalah selama 4 tahun.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)                 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here