Safer telah membuka peluang pekerjaan sebagai pemandu kenderaan e-hailing Safer.
Mereka yang mempunyai kenderaan atau kereta sendiri boleh berdaftar sebagai pemandu e-hailing Safer dengan pendaftaran secara percuma.
Selain itu, mereka yang berdaftar sebagai pemandu Safer boleh jana pendapatan pasif dan aktif secara berterusan.
Pendapatan aktif adalah pendapatan yang diperoleh secara langsung daripada bayaran yang dibuat oleh pengguna.
Manakala pendapatan pasif pula ialah pendapatan yang dijana dengan hanya kongsikan referral code sahaja. Referral code tersebut perlu dikongsikan kepada orang ramai. Apabila ada yang berdaftar di bawah kod tersebut dan menjalankan job, maka mereka akan dapat komisen daripada itu.
Komisen yang akan diperoleh adalah sebanyak 1% daripada caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna. Semakin banyak yang berdaftar dan menjalankan job, maka semakin banyaklah komisen yang akan diperoleh.
Pemandu e-hailing Safer ialah mereka yang akan membawa pengguna ke destinasi pilihan mereka. Malah, terdapat beberapa jenis kenderaan yang mereka boleh daftarkan kenderaan sebagai pemandu kenderaan e-hailing Safer.
-
-
SaferGo : kereta yang mempunyai empat atau lima tempat duduk. Kereta jenis ini tidak kira samada kereta jenis sedan atau hashback.
-
Safer Gold : kereta yang mempunyai enjin berCC besar. Contoh kereta ini adalah seperti BMW, Mercedes, Volkswagen dan banyak lagi.
-
-
-
SaferGo Xtra : kereta jenis MPV yang mempunyai enam hingga tujuh tempat duduk di dalamnya. Contoh kereta adalah seperti Proton Exora, Proton Alza, Toyota Avanza dan banyak lagi.
-
Safer Indulge : kereta yang mempunyai saiz jauh lebih besar berbanding dengan MPV. Contoh kereta ini adalah seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan banyak lagi.
-