Pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur iaitu 1 Utama telah dikesan mempunyai virus COVID-19 di sana. Orang dijangkiti tersebut telah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh. Namun, pada 14 Oktober yang lalu, kes positif daripada 1 Utama telah meningkat kepada 63 kes.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Petaling (Petaling JPBD), seramai 6000 pekerja di pusat beli belah tersebut telah menjalani ujian saringan. Seramai 110 pekerja setakat ini telah menjalani ujian saringan menurut MalaysiaKini.
16 pekerja di dalam pusat beli belah tersebut telah didapati positif COVID-19 dan seorang adalah daripada kumpulan pengurusan 1 Utama itu. Sebanyak 44 kes positif telah dikesan daripada pengawal pusat beli belah.
Manakala turut dikesan tiga kes positif daripada pengunjung pusat beli belah tersebut. Kes yang lain pula dikesan di luar kawasan Petaling. Namun pada 15 Oktober 2020, kluster 1 Utama telah meningkat kepada 105 kes.
Namun, pihak pengurusan 1 Utama menepis dakwaan JPBD Petaling mengatakan 44 positif itu adalah pengawal pusat beli belah tersebut. Mereka ialah pengawal keselamatan kontrak dari luar pihak penyedia perkhidmatan. Mereka dijangkiti COVID-19 adalah dari asrama dan bukan dari 1 Utama, menurutnya.
Peningkatan kepada 105 kes itu adalah melibatkan 79 pengawal keselamatan, 18 orang tukang cuci dan 8 orang penyewa di pusat beli belah tersebut.
Tambahan, kes positif di kawasan Selangor semakin membimbangkan apabila kes meningkat kepada 150 positif COVID-19 dicatatkan. Selangor ialah negeri kedua tertinggi selepas Sabah yang mencatatkan sebanyak 304 kes.
Hampir kesemua pusat beli belah di kawasan Klang Valley atau Lembah Klang mempunyai sejarah jangkitan COVID-19. Namun menurut pakar, kes positif COVID-19 di Selangor akan menurun dengan dilihat selepas 4 hingga 6 minggu akan datang.

Menurut pakar epidemologi, Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, walaupun tidak semua daerha di Selangor mempunyai kes positif, namun trend di sana masih meningkat saban hari.
Tambahnya lagi, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah tindakan yang sudah terlambat. “Banyak yang pulang minggu lepas. Dalam 400 orang disahkan positof COVID-19 dan 60% daripadanya ialah mereka yang pulang sebelum 27 September lalu”.
“Segmen ini mungkin asymptomatik dan telah menyebarkan virus tersebut kepada orang lain tanpa mereka ketahui”. “Jadi kita tidak mampu lagi mengagak berapa banyak masa yang diperlukan untuk mengesan kesemua yang pulang dari sana sebelum perintah kuarantin di rumah dan pengujian COVID-19 diadakan kepada mereka dan kontak rapat mereka” jelasnya.
Penurunan boleh berlaku jika kesemua masyarakat di Malaysia memainkan peranan mereka untuk sentiasa mematuhi SOP dan arahan yang telah dikeluarkan. Pematuhan ini adalah perlu dilakukan oleh semua tanpa mengira darjat.
Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa kes dari kluster 1 Utama meningkat kepada 132 kes. Mereka yang dijangkiti ialah warganegara Nepal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. 1 Utama telah ditutup dari 11 Oktober sehingga 16 Oktober 2020.
-Oktober2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here