Maahad Buuth ialah sebuah program yang ditawarkan oleh Madrasah Daulah kepada pelajar. Maahad Buuth ialah sekolah menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Madrasah Daulah pula terletak di Mesir.
Sebelum pelajar memasuki ke Maahad Buuth, mereka perlu memasuki ke dalam kelas sebagai persediaan untuk menduduki Ujian Imtihan Qabul. Ujian tersebut ialah ujian penentuan untuk masuk ke Maahad Buuth.
Namun, mereka yang hendak berdaftar masuk ke Maahad Buuth hendaklah mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar dan mampu mengikut peraturan. Pendaftaran juga dibuka kepada pelajar yang berumur 12 hingga 31 tahun tanpa mengira lelaki atau perempuan.
Tempoh pengajian sepanjang di dalam kelas tersebut ialah tidak lebih daripada satu tahun. Kelas yang akan diadakan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab manakala Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran.
Setelah tamat pengajian di kelas tersebut, sudah sampai masa untuk menduduki Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini adalah ujian dalam Bahasa Arab. Pelajar yang tidak mempunyai asas dalam Bahasa Arab jangan risau sebab di Madrasah Daulah mereka akan diajar untuk berbahasa Arab.
Pelajar yang melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Maahad Buuth manakala pelajar yang tidak lepas dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Dirosoh Khossor ialah program yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6.
Subjek yang akan diajar sepanjang di sana ialah
    • Tahsiinul Qur’an
    • Tahfizul Qur’an
    • Talaqqi Dalaman
    • Pengajian Bahasa Arab
    • Program Study Tour
    • Pengajian Umum
    • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Setelah tamat pengajian di Madrasah Daulah, pelajar akan ditawarkan kemasukan ke Universiti Al-Azhar yang terletak di Kaherah, Mesir. Di sana, mereka akan lanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana.
Bidang yang ditawarkan ialah Pengajian Islam dengan beberapa pecahan iaitu Usuluddin, Bahasa Arab dan Syariah. Sepanjang pelajar belajar di Madrasah Daulah, mereka akan dijaga oleh mudir.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web dan hubungi nombor yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)                 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here