Pada hari ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Shah Alam dan Klang telah mengalami masalah gangguan air. Menurut Air Selangor, gangguan bekalan air yang berlaku di kawasan tersebut adalah berpunca daripada pair air yang pecah.
Susulan itu, daerah itu dan Klang telah mengalami gangguan bekalan air. Namun masalah itu telah selesai. Namun belum 24 jam isu air ini diselesaikan, sebanyak 686 kawasan telah mengalami masalah gangguan bekalan air.
Kalini masalah gangguan air adalah berpunca daripada pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor. Ribuan penduduk Lembah Klang mengalami masalah ini sehinggakan netizen menghasilkan ciapan yang mencuit hati namun berkias.

Terdapat juga ciapan lain yang diluahkan menerusi laman sosial Twitter.

Disebabkan masalah air yang melanda Selangor terutama sekali, Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketuan Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamalzaman supaya meletak jawataan.

Ini susulan dengan masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku seolah-olah tiada penghujung. Pengerusi PSM Selangor juga menyatakan bahawa negeri itu gagal menyelesaikan masalah ini yang tidak berpenghujung.
Tambahnya lagi, masalah air paip pecah di Jalan Kuda, Klang yang berlaku beberapa hari yang lalu telah menjejaskan 15 kawasan terutamanya di kawasan Klang dan Shah Alam.
Belum sebulan pun lagi, masalah gangguan air ini terus berlaku apabila terdapat pencemaran air di Sungai Selangor. Hampir 1 juta pengguna di 1,292 kawasan Lembah Klang telah terjejas. Selvam juga mencadangkan supaya Air Selangor sentiasa memantau dan meneliti semua loji bekalan air.
Mereka perlu mengenal pasti yang berlaku seperti paip air bocor, atau memerlukan penggantian dan lain-lain. Isu ini telah menzahirkan rasa dukacita dengan keluhan daripada rakyat yang bukan sahaja mengahdapi masalah air malah COVID-19.
Tambah beliau, masalah air ini beliau tidak mahu dipolitikkan dan diatasi dengan kadar segera. Air ialah keperluan asas kehidupan rakyat kerana tiada air, maka semuanya akan menjadi susah.
Tetapi pada hari semalam, Ustaz Ebit Liew lagi sekali telah tampil untuk membantu mereka yang terjejas dengan masalah air. Ustaz Ebit Liew berasa berat hati apabila penduduk Selangor menghadapi masalah air. Beliau telah menghantar 2 lori tangki air di kawasan Batu Caves.

View this post on Instagram

Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves. Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan. Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama ajk surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua. Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Lori yang dihantar oleh beliau bukan lori yang bersaiz biasa tetapi lori tangki dengan muatan yang berisi air sahaja. Melalui laman Instagramnya, beliau merasa sayu dengan penduduk yang terjejas dengan masalah air.
Ustaz Ebit Lew telah membeli dua buah lori tangki untuk didermakan kepada penduduk di Batu Caves. Tindakan pantas usahawan itu telah membuat semua rakyat Malaysia kerana beliau sedia membantu rakyat Selangor.
-Oktober 2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here