Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengatakan bahawa terdapat 10 orang artis dan selebriti lagi dalam senarai. Mereka dikehendaki dan dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan dengan pengubahan wang haram.
Pengubahan wang haram tersebut melibatkan kumpulan cuci duit haram dan perjudian dalam talian. Tambahan, 10 artis dan selebriti tersebut perlu hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Mneurut pihak SPRM lagi, mereka telah memberi tempoh hampir dua minggu kepada 9 individu dan 2 instafamous untuk beri keterangan secara sukarela. “Semua mereka yang berusia antara 25 hingga 32 tahun itu dirakam percakapan pada 3 petang semalam. Mereka adalah rakan kepada isteri suspek utama”.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata “Tidak kira selebriti atau sesiapa pun yang pernah menerima (dana sindiket) daripada individu yang ditahan SPRM, mereka diminta tampik sebelum kami panggil”.
Beberapa hari yang lalu, SPRM memanggil seorang pelakon lelaki dan pengacara wanita untuk mmebantu siasatan berhubung dengan Macau Scam. Malah, pihak SPRM memanggil artis tersebut apabila tiada siapa yang tampil secara sukarela.
Pada 8 Oktober yang lalu, pihak SPRM telah memanggil kesemua selebriti dan ahli perniagaan yang terlibat dengan aktiviti haram ini untuk tampil membantu siasatan. Perkara ini adalah bagi mengelakkan SPRM menahan mereka yang terlibat dalam masa terdekat.
Kes-kes penderaan di taska (taman asuhan kanak-kanak) terus menjadi antara isu sosial yang mendapat perhatian serius di Malaysia sepanjang tahun 2025 hingga 2026. Walaupun...
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, profesion doktor di Malaysia berdepan pelbagai cabaran yang memberi kesan bukan sahaja kepada petugas kesihatan, malah turut mempengaruhi kualiti...
Perkembangan teknologi telah menjadikan gajet seperti telefon pintar, tablet dan komputer sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian. Kanak-kanak juga semakin terdedah kepada penggunaan gajet sama...