Sudah lima hari berturut-turut kes positif COVDI-19 di Malaysia masih kekal dengan tiga angka dan 800 ke atas. Tiada petunjuk sebarang penurunan akan berlaku sekiranya ramai yang tidak mematuhi dan tidak memberi kerjasama dalam membendung virus ini.
Sungguhpun begitu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan supaya wanita yang berpurdah perlu memakai pelitup muka. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata niqab atau purdah tidak mampu untuk menghalang mereka daripada dijangkiti.
Seperti yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata golongan ini juga wajib untuk memakai pelitup muka.
Wanita berpurdah juga wajib memakai pelitup muka sama ada pelitup muka perubatan atau bukan perubatan (tiga lapisan fabrik yang disyorkan WHO). – @DGHisham
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) October 22, 2020