Maahad Buuth ialah sebuah program yang terdapat di Madrasah Daulah dan membawa pelajar sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pelajar yang hendak berdaftar masuk ke Madrasah Daulah tidak perlu sebarang sijil SPM atau STAM.
Apa yang menarik, pelajar berusia 12 hingga 31 tahun boleh berdaftar malah terbuka kepada lelaki dan perempuan. Pelajar yang hendak berdaftar akan ditawarkan dengan khidmat konsultan secara percuma.
Selepas mereka berdaftar, mereka akan dimasukkan ke dalam kelas sebagai persediaan untuk menduduki ujian. Ujian itu ialah Ujian Imtihan Qabul. Kelas yang akan mereka masuk ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.
Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab manakala Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran. Pelajar yang tidak mempunyai asas dalam Bahasa Arab boleh berdaftar kerana mereka akan diajar dalam Bahasa Arab sepenuhnya.
Ujian Imtihan Qabul ialah ujian yang akan menentukan pelajar masuk ke Maahad Buuth. Pelajar yang berjaya melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Maahad Buuth. Maahad Buuth ialah sekolah menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga 6.
Maahad Buuth mempunyai pengajian yang sama dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Manakala sekiranya pelajar mendapat keputusan sebaliknya, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Dirosoh Khossor terdiri daripada 6 tingkatan.
Sepanjang di Dirosoh Khossor, mereka akan diajar Bahasa Arab sepenuhnya. Pelajar juga akan didedahkan dengan beberapa subjek.
    • Tahsiinul Quran
    • Tahfizul Quran
    • Talaqqi Dalaman
    • Pengajian Bahasa Arab
    • Pengajian Umum
    • Program Study Tour
    • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Apabila tamat sahaja pengajian mereka di Madrasah Daulah, pelajar boleh sambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Mereka akan sambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Pengajian Islam.
Pengajian Islam terbahagi kepada tiga iaitu Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab. Tempoh pengajian di sana ialah selama 4 tahun. Pelajar yang belajar di Madrasah Daulah akan dijaga oleh mudir yang berada di sana.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)                 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here