Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah mengeluarkan kenyataan media tentang lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Selangor. PKPB sebelum ini berkuatkuasa pada 14 Oktober sehingga 27 Oktober depan telah dilanjutkan lagi 14 hari.

Tambahnya lagi, penilaian risiko yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendapati masih terdapat lokasi risiko tinggi bagi penularan COVID-19.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lagi, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor selama 14 hari lagi. Ianya bermula daripad 27 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020.

Sumber Video : Youtube Harian Metro

Lanjutan PKPB ini disebabkan oleh peningkatan kes yang berlaku di lokasi – lokasi yang sedang berada di zon merah. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh KKM semalam, jumlah kes baharu yang telah direkodkan adalah sebanyak 1240 kes. Kes COVID-19 yelah menjadi 4 angka dan ini sangat membimbangkan.

BACA JUGA :   Ikan Lumba-Lumba Dikesan Berhampiran Dengan Jeti Kuala Perlis?

Negeri Sabah masih merupakan negeri yang mencatatkan angka paling tinggi untuk kes baharu iaitu sebanyak 927 kes. Jumlah kes baharu di Sabah melonjak semula, berikutan dengan kes positif di Penjara Kepayan iaitu sebanyak 439 kes.

Berikut adalah perincian kes penularan kes COVID-19 di Sabah.

Sabah – 927 kes

  • 511 kes daripada kluster – kluster, termasuk 30 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kapor
  • 280 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
  • 136 kes daripada lain – lain saringan COVID-19

Walaupun kes yang dilaporkan sangat tinggi, kes pulih juga berada di angka yang tinggi iaitu sebanyak 691 kes. Ini telah menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula sebanyak 9744 kes. Untuk pengetahuan anda semua, kes semalam adalah kes yang tertinggi sepanjang pandemik di Malaysia. Ia telah menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia kepada 27 805 kes. Sebanyak 7 kematian telah direkodkan semalam dan menjadikan jumlah kematian sebanyak 236 kes.

BACA JUGA :   PKPD Di Sabah Mungkin Diperluas Ke Daerah Lain

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM juga menasihati rakyat Malaysia supaya mengikuti nasihat dan saranan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan pihak KKM. Iaitu mengamalkan 3C/3S dan mengelakkan 3W. Malah, rakyat juga perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk mengelakkan dari terkena virus tersebut.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here