Kes COVID -19 yang dilaporkan semalam masih berada di angka tinggi. Iaitu sebanyak 835 kes baharu. Jika sebelum ini kes COVID – 19 di Sabah mencatatkan angka yang sangat tinggi. Berlaku penurunan untuk kes baharu yang telah di laporkan semalam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut laporan KKM, negeri Sabah telah mencatatkan penurunan dalam jumlah kes baharu iaitu penurunan sebanyak 517 kes. Penurunan tersebut daripada kes sebelum iaitu daripada 927 kes kepada 410 kes.

Walaupun berlaku penurunan, jumlah 410 kes baharu itu masih di angka tinggi. Disebabkan itu, rakyat Malaysia perlu memastikan untuk mematuhi SOP dan arahan serta membuat langkah penjagaan yang telah ditetapkan oleh KKM.

Menerusi laporan akhbar KPK, KKM masih giat menjalankan aktiviti saringan dan pengesanan kes COVID – 19 secara aktif di negeri Sabah. Di Sabah, masih terdapat kluster – kluster yang masih aktif iaitu sebanyak 44 kluster. Penularan virus berkenaan masih boleh berlaku jika rakyat tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan.

BACA JUGA :   Jom kita kenali Universiti Sumatera Utara

Jumlah kes keseluruhan yang telah dilaporkan telah menjadi sebanyak 28 640 kes dan ini membuatkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan iaitu sebanyak 9903 kes. Manakala, jumlah pulih COVID -19 adalah sebanyak 674 kes dan terdapat dua kematian disebabkan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kes kematian ialah sebanyak 238 kes.

Menurut laporan KKM, terdapat dua kluster baru di Sabah. KlusterĀ  baharu tersebut ialah Kluster Lintas dan Kluster Limbungan. Kluster Lintas ini didapati di daerah Kota Kinabalu di Sabah manakala Kluster Limbungan pula didapati di Wilayah Persekutuan Labuan.

KKM mahu semua rakyat untuk patuhi arahan dan nasihat yang telah dikeluarkan. SOP yang ditetapkan juga perlu dipatuhi untuk mengelakkan daripada virus ini terus menular. Langkah penjagaan dan kebersihan kendiri mestilah juga dijaga.

BACA JUGA :   Bidang Menarik Yang Ditawarkan di Daulah Educonsult !

Pemakaian pelitup muka, kerap membasuh tangan dan patuhi jarak sosial agar kita sama – sama dapat memutuskan rantaian COVID-19. Rakyat juga mestilah mengelakkan 3S/3C iaitu elakkan berada di tempat sesak (crowded place), elakkan juga berada di tempat sempit (confined space) dan elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation).

Amalkah 3W iaitu kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan beri amaran (warn) seperti amalkan etika batuk dan bersin, elak kunjung mengunjungi, dapatkan rawatan jika bergejala dan sanitasi tempat yang kerap disentuh.

Sumber : Kenyataan Akhbar KPK, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here