Kejadian yang berlaku di pelantar minyak di Miri, Sarawak telah mengejutkan negara semalam iaitu pada 27 Oktober 2020. Insiden itu berlaku melibatkan kapal platform Dayang Topaz di Kuala Baram, Miri.
Insiden tersebut telah melibatkan 187 kru kapal yang mana 185 adalah warganegara Malaysia dan dua lagi warga Indonesia. Tambahan, insidentersebut juga berlaku disebabkan oleh cuaca yang buruk.
Oleh kerana itu, tali sauh kapal platform MV Dayang Topaz terputus dan merempuh pelantar minyak di Kuala Baram. Susulan itu, seramai 126 kru kapal terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri. Namun, seorang telah meninggal dan empat lagi masih hilang tetapi telah dijumpai.
Menurut Pengarah Zon Maritim Miri Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, cuaca buruk menjadi faktor insiden tersebut berlaku. Tambahan, ombak juga sangat tinggi ketika itu iaitu setinggi 5 meter menyebabkan kapal hilang kawalan dan dihanyutkan oleh ombak.
Walaubagaimanapun, insiden akan disiasat dengan lebih terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar. Malah, ini juga bagi mengelakkan sebarang spekulasi tentang kejadian ini. Mereka yang tinggal di platform adalah seramai 62 kru kapal.
Aduan telah diterima oleh Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya dari Kapal Sapura Construction. Aduan tersebut ialah aduan dalam bentuk kecemasan dari Kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kapal Baram, Miri.
Sungguhpun begitu, 124 kru telah berjaya diselamatkan. Empat mangsa yang hilang sudah ditemui di kawasan yang tidak jauh dari lokasi berkenaan.
Banyak pihak telah turun untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Antaranya ialah Petronas dan Shell, helikopter dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebuah pesawat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan sebuah pesawat dari National Search Coordinate Centre Brunei.
Sumber Berita : Awani & Berita Harian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here