Safer telah membuka peluang kerja kosong kepada mereka yang ingin jana pendapatan pasif dan aktif secara serentak.
Kerja kosong yang dimaksudkan ialah sebagai pemandu kenderaan e-hailing Safer.
Sebelum itu, mereka yang hendak berdaftar perlu memuat naik maklumat yang sahih dan benar. Ini adalah supaya pengaktifan dan pendaftaran dapat dilakukan dengan lebih mudah. Pemandu yang hendak berdaftar perlu mempunyai lesen PSV dan EVP.
Pendaftaran boleh dilakukan dengan hanya muat naik aplikasi SAFER DRIVER menerusi Google Play Store atau Apps Store. Mereka juga boleh lakukan pendaftaran dengan hanya klik sahaja link yang ada di bawah.
Safer Driver : http://tinyurl.com/ycetm3vh
Kedua-dua lesen ini adalah wajib ada seperti yang telah diarahkan oleh Mneteri Pengangkutan Malaysia, Wee Ka Siong. Jika lesen ini tiada, tindakan tegas akan dikenakan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Hal ini kerana, di beberapa tempat didapati pemandu kenderaan e-hailing adalah warga asing. Perkara ini akan menghalang warganegara untuk peorleh pendapatan sampingan. Lesen PSV boleh didapatkan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Manakala EVP boleh didapatkan menerusi Safer sendiri. Selain itu, mereka yang hendak berdaftar sebagai pemandu kenderaan e-hailing perlu mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Safer.
    • Gambar profil
    • Kad pengenalan
    • Lesen D1 atau B2
Tambahan, pemandu juga boleh pilih kenderaan jenis apa yang mereka hendak pilih. Terdapat beberapa jenis kenderaan yang ada di Safer.
    • SaferGo : kereta yang telah dikeluarkan pada tahun 2011 hingga tahun yang terkini. Kereta ini adalah jenis hashback atau sedan dengan kapasiti empat hingga lima tempat duduk. Contohnya seperti Perodua Myvi, Proton Saga, Perodua Perdana dan banyak lagi.
    • SaferGo Xtra : kereta MPV yang mempunyai enam hingga tujuh tempat duduk. Contohnya adalah seperti Perodua Alza, Proton Exora dan banyak lagi.
    • Safer Gold : kereta yang mempunyai enjin berCC besar. Contohnya adalah seperti BMW, Mercedes, Volkswagen dan banyak lagi.
    • Safer Indulge : kereta yang mempunyai kapasiti jauh lebih besar berbanding MPV. Contohnya adalah seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard dan banyak lagi.
Selain daripada itu, pemandu juga boleh jana pendapatan secara aktif dan pasif. Pendapatan pasif ialah pendapatan yang diperoleh secara tidak langsung. Pendapatan ini dijana dengan hanya kongsikan referral code sahaja.
Referral code tersebut boleh dikongsikan kepada orang ramai. Sekiranya ada yang berdaftar dan melakukan tugas sebagai Safer Delivery Partner atau Driver, pemandu akan jana komisen. Komisen yang diperoleh adalah sebanyak 1% daripada caj perkhidmatan.
Makin ramai yang berdaftar di bawah kod tersebut, makin banyak komisen yang akan diperoleh.
Tetapi lain pula dengan pendapatan secara aktif. Pendapatan aktif adalah pendapatan yang diperoleh secara lansgung.
Apabila pengguna membuat bayaran pada caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pemandu, maka itu ialah pendapatan aktif yang diperoleh.
Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, sila layari laman web yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here