Kursk State Medical University merupakan salah satu universiti terkemuka yang terdapat di Rusia.

Daulah Educonsult menawarkan kemasukan dalam pengajian perubatan di Kursk State Medical University untuk kemasukan November 2020. Antara bidang perubatan yang ada di Kursk State Medical University ialah bidang pra – perubatan, perubatan dan gerontologi.

Pandemik COVID-19 yang sedang melanda merupakan salah satu punca kepada pelajar tidak dapat menyambung pengajian. Malah, disebabkan ini juga telah membuatkan ramai pelajar tidak mahu menyambung pengajian akibat risau dijangkiti oleh virus berkenaan. Kebanyakan pelajar yang tidak dapat menyambung pengajian disebabkan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

PKP bukanlah penghalang untuk pelajar terus meyambung belajar.  Kebanyakan universiti di luar negara juga membuka peluang untuk pelajar antarabangsa mereka menyambung terus semester secara pembelajaran atas talian (online). Inisiatif ini diambil kerana disebabkan tidak mahu pelajar mereka ketinggalan.

Pembelajaran di Kursk State Medical University adalah sistematik. Walaupun pelajar berada di Malaysia tetapi waktu kelas adalah berjalan seperti biasa dari jam 3 petang ke 8 malam waktu Malaysia. Bukan itu sahaja, setiap kelas secara keseluruhannya akan di uruskan oleh pensyarah subjek. Para pelajar akan belajar di dalam kumpulan yang kecil iaitu dari 8 ke 10 orang untuk satu kumpulan.

BACA JUGA :   BACA INI JIKA ANDA KERAP MENGGUNAKAN PANADOL!

Antara teknik pengajian adalah kajian kes bersama profesor dan juga penggunaan nota. Pembelajaran secara atas talian amatlah penting, ini kerana pelajar akan lebih kepada melakukan perbincangan bersama. Di Kursk State Medical University, ianya sangat penting buat pelajar untuk melibatkan diri dalam setiap perbincangan.

Kursk State Medical University adalah yang pertama untuk membuka pejabat perwakilannya di Malaysia. Kursk State Medical University ditubuhkan pada tarikh 7 Februari 1935. Kursk State Medical University juga merupakan universiti yang pertama yang telah menawarkan program latihan perubatan di dalam bahasa Inggeris.

Di Kursk State Medical University telah lahir lebih daripada 40 ribu doktor, ahli farmasi dan profesional kesihatan yang laintelah dilatih selama 85 tahun universiti ini ditubuhkan. Kursk State Medical University juga adalah universiti yang terkemuka yang terdapat di Rusia.

Pelajar tidak perlu risau kerana KSMU telah mendapat pengiktirafan daripada ;

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Majlis Veterinar Malaysia (MVC)

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk pelajar yang berminat untuk memohon menyambung pengajian di sini.

  • SPM/IGCSE – Minimum lulus dalam semua subjek sains.
  • STPM, Matrikulasi & Asasi – CGPA 3.0 dalam subjek sains.
  • Diploma – CGPA 3.0
BACA JUGA :   Sambutan Ramadan Tahun ini Luar Biasa

Bagi pembayaran yuran pula berbeza dengan yang lain. Sistem pembayaran yuran adalah secara Lock Fee, pelajar hanya perlu yuran yang telah ditetapkan. Yuran dibayar dalam mata wang Malaysia tanpa ada tambahan yuran lain dan bunga.

Kursk State Medical University adalah salah satu daripada pilihan yang boleh dipilih untuk pelajar melanjutkan pengajian. Sesi kemasukan di universiti berkenaan ialah pada November 2020. Daftar segera sekiranya pelajar berminat untuk untuk menyambung pengajian di luar negara terutama sekali di bidang perubatan.

Daulah Educonsult bukan sahaja menawarkan pengajian bidang perubatan di Kursk State Medical University. Selain daripada Rusia, Daulah Educonsult turut menawarkan pengajian di Indonesia, Poland, mesir, Bangladesh dan Turki.

Sekirannya mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat dengan lebih lanjut. Sila hubungi talian di bawah dan layari laman web serta media sosial kami.

Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here