Menurut laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 4 kluster baharu. 4 kluster yang telah dikenal pasti ialah Kluster Liawan, Kluster Tatanan, Kluster GK Tawau dan Kluster Kube. Dengan penambahan 4 lagi kluster baharu, jumlah kluster aktif di Malaysia ialah sebanyak 50 kluster.
50 kluster aktif dengan kes baharu telah dilaporkan semalam. Kluster Kaya yang melibatkan daerah Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Putrajaya dan Selangor merekodkan kes baharu sebanyak 76 kes. Ini telah menjadikan jumlah kes yang melibatkan Kluster Kaya sebanyak 693 kes.
Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh KKM di laman sosial Twitter, maklumat tentang 50 kluster aktif dengan kes baharu.
50 kluster aktif melaporkan kes baharu hari ini termasuk 4.
Kluster Kaya melaporkan kes tertinggi (76). Secara keseluruhan, kluster ini telah melaporkan 693 kes positif COVID-19.#kkm pic.twitter.com/DxyFzncAhS
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) November 10, 2020
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, kes pulih COVID-19 yang telah dilaporkan semalam adalah sebanyak 725, manakala kes baharu adalah sebanyak 869 kes. Ini telah menjadikan jumlah kes pulih ialah sebanyak 30 304 kes dan jumlah kes COVID-19 di Malaysia ialah sebanyak 42 050 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah sebanyak 11,446 kes.
Kes – kes yang dilaporkan kebanyakannya adalah daripada kluster – kluster yang sedia ada dan juga kes daripada kontak rapat kes positif COVID-19.
KKM mahu semua rakyat untuk patuhi arahan dan nasihat yang telah dikeluarkan. SOP yang ditetapkan juga perlu dipatuhi untuk mengelakkan daripada virus ini terus menular. Langkah penjagaan dan kebersihan kendiri mestilah juga dijaga.
Pemakaian pelitup muka, kerap membasuh tangan dan patuhi jarak sosial agar kita sama – sama dapat memutuskan rantaian COVID-19. Rakyat juga mestilah mengelakkan 3S/3C iaitu elakkan berada di tempat sesak (crowded place), elakkan juga berada di tempat sempit (confined space) dan elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation).
Amalkah 3W iaitu kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan beri amaran (warn) seperti amalkan etika batuk dan bersin, elak kunjung mengunjungi, dapatkan rawatan jika bergejala dan sanitasi tempat yang kerap disentuh.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)