Daging Arnab Daulah membekalkan daging arnab buat para peniaga, restoran dan juga pada mereka yang pengemar makanan daging arnab. Oleh itu, anda semua kini boleh mendapatkan bekalan daging arnab menerusi Daging Arnab Daulah. Jika anda berminat mahu mendapatkan bekalan daging arnab boleh menghubungi pihak Daging Arnab Daulah.
Anda boleh memasak daging arnab dengan pelbagai cara. Ini kerana teksturnya adalah lebih kurang dengan daging ayam. Anda boleh memasak daging arnab serupa dengan cara anda memasak daging tanpa lemak yang lain.
Malah, anda juga boleh menggunakan tulangnya untuk membuat stok. Untuk pengetahuan anda daging arnab komersial kebiasaanya lebih lembut dan berlemak.
Daging arnab paling senang untuk dimasak ialah masakan yang berkuah. Salah satu alternatifnya ialah memasak dengan api kecil untuk jangka masa yang lebih lama, ianya kerana mahu membuatkan daging tersbut empuk dan lembut.
Bagi mereka yang masih tidak tahu bagaimana mahu memotong arnab, caranya mudah sahaja. Ianya seperti anda memotong ayam kepada beberapa bahagian. Pisahkan bahagian kaki depan dan belakang dan potong bahagian badan arnab kepada beberapa bahagian.
Arnab Dimasak Dalam Ketuhar
Sebelum memulakan masakan, anda boleh memerap daging arnab dengan beberapa bahan seperti lemon dan sebagainya. Anda boleh memasak daging tersebut dengan stok ayam, bawang merah dan bawang putih untuk menaikkan lagi aroma masakan. Selepas itu, anda boleh menambah apa sahaja yang anda inginkan di dalam masakan daging arnab tersebut. Masukkan apa sahaja, seperti rempah, sayur – sayuran, cendawan, tomato dan lain – lain.
Sup Arnab
Salah satu alternatif lagi ialah anda boleh merebus bahagian arnab yang anda ingin masak. Anda boleh menggunakan stok ayam, bawang merah, bawang putih halia semasa mahu membuat sup. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti rempah, sayur – sayuran seperti lobak dan kentang bagi menyedapkan lagi masakan.
Sumber : LIVESTRONG.COM
Secara semula jadinya daging arnab ini sudah memberikan kesan yang baik untuk kesihatan. Namun, setiap pengambilan makanan mestilah diambil dengan terkawal dan berpada – pada. Ianya kerana untuk mengelakkan berlaku sebarang permasalahan. Terutama sekali jika kita sudah biasa memasak masakan daging arnab.
Kebiasaanya jika kita mahu mengetahui tentang sesuatu kita pasti akan membandingkan dengan apa yang sudah kita biasa makan. Kita pasti akan membandingkan daging arnab dan daging ternakan lain, sebagai contoh daging ayam. Jika hendak dibandingkan daging arnab dan ayam, daging arnab mempunyai mineral yang sangat tinggi, kecuali natrium. Malah, daging arnab juga sangat kaya dengan vitamin B12 dan vitamin E. Manakala, ayam lebih kaya dengan vitamin B kompleks, A dan K. Daging arnab mengandungi lebih banyak protein dan juga kurang lemak.
Jika anda berminat mahu mendapatkan bekalan daging arnab, hubungi Daging Arnab Daulah. Daging Arnab Daulah adalah pembekal daging arnab. Anda boleh layari laman web kami untuk maklumat lanjut. Hubungi talian di bawah jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan bekalan daging arnab.
Daging Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/
Tuan Syed – 013 2090322