Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth.

Maahad Buuth menawarkan tempat kepada sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu pengajian islam dan memasuki Universiti Al – Azhar. Pelajar boleh memasuki ke Maahad Buuth walaupun tidak memiliki sijil seperti SPM dan STAM. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka secara tidak langsung akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

Pelajar yang diterima masuk ke dalam Madrasah Daulah adalah terbuka kepada pelajar  lelaki dan perempuan yang berusia dari 12 tahun hingga ke 31 tahun. Pelajar yang mahu memasuki ke Maahad Buuth akan menduduki ujian kelayakan terlebih dahulu. Ujian yang di maksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul, di mana ia akan menentukan sama ada pelajar akan berjaya masuk ke Maahad Buuth atau tidak.

BACA JUGA :   Jom Menuntut Ilmu di Mesir

Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas. Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun. Manakala, jika pelajar tidak berjaya melayakkan diri ke Maahad Buuth pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor ialah Tahsinul Quran, Tahfizul Quran, Talaqqi Dalaman, Pengajian Bahasa Arab, Pengajian Umum, Program Study Tour dan Talaqqi Kitab Bersama Syeikh.

BACA JUGA :   WHO - Coronavirus mungkin tidak akan terhapus?

Pelajar yang menamatkan pengajian akan terus diserap masuk ke dalam Universiti Al – Azhar di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun. Sekiranya pelajar berminat untuk melanjutkan pengajian ke Mesir, Madrasah Daulah adalah jalan yang terbaik untuk pelajar.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web dan media sosial kami. Sekiranya, pelajar mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi talian dibawah.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here