Safer Food telah menyediakan sebuah aplikasi yang dapat membantu peniaga makanan mempromosikan makanan. Bukan itu sahaja, peniaga juga boleh meningkatkan lagi hasil perniagaan. Mereka dapat mempromosikan makanan mereka dalam talian sahaja. Semakin jelas maklumat kedai, semakin banyak pendapatan boleh diperoleh.
Peniaga yang hendak mendaftar boleh muat turun aplikasi Safer Food menerusi Google Play Store atau Apple Apps Store. Malah, peniaga juga boleh lakukan pendaftaran dengan hanya klik sahaja link yang ada di bawah.
Safer Food : https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Google Play Store : https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Apple App Store : https://bit.ly/SaferFood-AppStore
Namun mereka yang hendak berdaftar perlu mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Antaranya ialah
- Kad Pengenalan
- Lesen perniagaan
- Sijil halal
- Lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Segala maklumat yang hendak dimuat naik perlu maklumat yang lengkap dan sah. Ini supaya pengaktifan akaun dapat dilakukan dalam masa satu hari sahaja. Mereka juga perlu melengkapkan maklumat sebelum lakukan perniagaan secara atas talian.
- Lokasi premis perniagaan
- Menu makanan (Gambar)
- Waktu beroperasi
- Harga makanan
- Akaun bank
Sekiranya tetapan tidak dibuat, pengguna tidak dapat membuat tempahan makanan mereka. Namun jika tidak dapat memuat naik maklumat ke dalam aplikasi Safer Food atau kurang faham, sertai kelas bersama Safer Food Merchant.
Kelas tersebut dibuka kepada mereka yang betul-betul berminat untuk berdaftar di Safer Food. Namun sebelum sertai kelas tersebut, mereka perlu membuat tempahan dengan mengisi borang yang tertera di bawah.
Kelas Bersama Safer Food : https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood
Kelas tersebut dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Pendaftaran juga dapat dilakukan dalam masa satu hari sahaja apabila sertai kelas tersebut. Sekiranya, peniaga mempunyai sebarang pertanyaan layari laman web dan juga media sosial kami. Peniaga juga boleh menghubungi talian di bawah.
Safer Food : 018-9624322
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup