Daulah Educonsult menawarkan pengajian bidang perubatan di Kursk State Medical University. Selain daripada Rusia, Daulah Educonsult turut menawarkan pengajian di Indonesia, Poland, mesir, Bangladesh dan Turki.

Bidang – bidang perubatan yang ada di Kursk State Medical University ialah bidang pra – perubatan, perubatan dan gerontologi. Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk pelajar yang berminat untuk memohon menyambung pengajian di sini.

  • SPM/IGCSE – Minimum lulus dalam semua subjek sains.
  • STPM, Matrikulasi & Asasi – CGPA 3.0 dalam subjek sains.
  • Diploma – CGPA 3.0

Kursk State Medical University ditubuhkan pada tarikh 7 Februari 1935. KSMU juga merupakan universiti yang pertama yang telah menawarkan program latihan perubatan di dalam bahasa Inggeris.

Malah, KSMU juga merupakan salah sebuah universiti yang terkemuka dalam bidang pengajian perubatan di Rusia. Di KSMU telah lahir lebih daripada 40 ribu doktor, ahli farmasi dan profesional kesihatan yang laintelah dilatih selama 85 tahun universiti ini ditubuhkan.

BACA JUGA :   Pengajian Asasi Perubatan di Kursk State Medical University

Kursk State Medical University telah menerapkan cara pembelajaran yang sistematik. Walaupun pelajar berada di Malaysia tetapi waktu kelas adalah berjalan seperti biasa dari jam 3 petang ke 8 malam waktu Malaysia. Bukan itu sahaja, setiap kelas secara keseluruhannya akan di uruskan oleh pensyarah subjek. Para pelajar akan belajar di dalam kumpulan yang kecil iaitu dari 8 ke 10 orang untuk satu kumpulan.

Bagi proses pembelajaran pula, antara teknik pengajian adalah kajian kes bersama profesor dan penggunaan nota juga. Proses pembelajaran untuk pengajian secara atas talian amatlah penting, kerana pelajar akan lebih kepada melakukan perbincangan bersama dan penglibatan pelajar pada setiap perbincangan amat penting jika belajar di Kursk State Medical University.

Pelajar tidak perlu risau kerana KSMU telah mendapat pengiktirafan daripada ;

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Majlis Veterinar Malaysia (MVC)
BACA JUGA :   Ayuh Dapatkan Khidmat Konsultasi Pendidikan Secara Percuma Bersama Daulah Educonsult

Sistem pembayaran yuran adalah secara Lock Fee, pelajar hanya perlu yuran yang telah ditetapkan. Yuran dibayar dalam mata wang Malaysia tanpa ada tambahan yuran lain dan bunga.

Kursk State Medical University adalah salah satu daripada pilihan yang boleh dipilih untuk pelajar melanjutkan pengajian. Sesi kemasukan di universiti berkenaan ialah pada November 2020. Daftar segera sekiranya pelajar berminat untuk untuk menyambung pengajian di luar negara terutama sekali di bidang perubatan.

Jika pelajar mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat dengan lebih lanjut. Sila hubungi talian di bawah dan layari laman web serta media sosial kami.

Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here