Kabel Pengecas Yang Berlubang Punca Renjatan Elektrik
Gempar baru-baru ini apabila seorang gadis di Vietnam mati akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang tidur sambil telefon dicaj di sebelahnya. Punca renjatan elektrik itu adalah disebabkan kabel pengecas yang berlubang.
Menurut laporan, gadis berusia 14 tahun yang bernama Le Thi Xoan itu mengecaj telefon iPhone 6 pada malam tersebut. Dia sememangnya mempunyai tabiat mengecaj telefon di atas katil tempatnya tidur.
Kabel pengecas yang berlubang menyebabkan wayar elektrik dalaman terdedah dan terkena anggota badannya. Akibatnya, gadis itu meninggal dunia kerana terkena renjatan elektrik yang sangat kuat.
Apabila ahli keluarga gadis itu menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri, mereka bergegas menghantarnya ke hospital. Namun, segalanya sudah terlambat dan pihak hospital mengesahkan bahawa Le Thi Xoan sudahpun meninggal dunia.
Pihak polis yang menyiasat tragedi itu juga mengakui punca kematian adalah renjatan elektrik daripada kabel telefon yang sedang dicaj. Ini dibuktikan lagi dengan kesan terbakar berwarna hitam pada kabel tersebut.
Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat mengesahkan sama ada kabel itu adalah kabel yang original daripada Apple ataupun kabel tiruan yang banyak dijual di kedai-kedai biasa.
Justeru, pastikan anda sentiasa memeriksa keadaan kabel telefon anda. Jangan berkira untuk menukar kabel baru sekiranya ada kesan-kesan koyak dan lubang pada kabel. Satu lagi, elakkan mengecaj telefon di atas katil di tempat anda tidur.
Diharapkan anda dapat kongsikan info ini kepada rakan-rakan anda agar tragedi ini tidak berulang lagi. Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kes kematian yang pertama berpunca daripada renjata elektrik menerusi kabel telefon.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.