Pelajar kini berpeluang belajar bidang perubatan di Kursk State Medical University secara online di Malaysia. Kursk State Medical University telah menerapkan cara pembelajaran yang sistematik.

Ianya berikutan dengan situasi pandemik yang melanda seluruh dunia, pelajar akan belajar menerusi atas talian di Malaysia. Untuk ketahui dengan lebih lanjut terus membaca.

Seperti yang dikatakan tadi Kursk State Medical University menerapkan cara pembelajaran yang sistematik. Walaupun pelajar berada di Malaysia tetapi waktu kelas adalah berjalan seperti biasa dari jam 3 petang ke 8 malam waktu Malaysia. Setiap kelas secara keseluruhannya akan di uruskan oleh pensyarah subjek. Para pelajar akan belajar di dalam kumpulan yang kecil iaitu dari 8 ke 10 orang untuk satu kumpulan.

Proses pembelajaran dan teknik pengajian adalah kajian kes bersama profesor dan penggunaan nota juga. Proses pembelajaran untuk pengajian secara atas talian amat penting, kerana pelajar akan lebih kepada melakukan perbincangan bersama dan penglibatan pelajar pada setiap perbincangan amat penting jika belajar di Kursk State Medical University.

Antara bidang perubatan yang ada di Kursk State Medical University ialah bidang pra – perubatan, perubatan dan gerontologi. Seperti yang kita semua tahu, satu dunia telah dilanda dengan pandemik COVID-19. Ini telah menyebabkan ramai pelajar tidak dapat menyambung pengajian disebabkan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP). Malah, ada juga pelajar yang tidak mahu menyambung pengajian akibat virus berkenaan.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Tawaran Dalam Bidang Pergigian & Farmasi

Para pelajar perlu berfikiran positif, ini kerana PKP bukanlah penghalang buat pelajar untuk terus sambung belajar. Untuk pengetahuan pelajar, kebanyakan universiti di luar negara juga membuka peluang untuk pelajar antarabangsa mereka menyambung terus semester secara online disebabkan tidak mahu mereka ketinggalan.

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk pelajar yang berminat untuk memohon menyambung pengajian di sini.

  • SPM/IGCSE – Minimum lulus dalam semua subjek sains.
  • STPM, Matrikulasi & Asasi – CGPA 3.0 dalam subjek sains.
  • Diploma – CGPA 3.0

Kursk State Medical University ditubuhkan pada tarikh 7 Februari 1935. KSMU juga merupakan universiti yang pertama yang telah menawarkan program latihan perubatan di dalam bahasa Inggeris. Malah, KSMU juga merupakan salah sebuah universiti yang terkemuka dalam bidang pengajian perubatan di Rusia. Di KSMU telah lahir lebih daripada 40 ribu doktor, ahli farmasi dan profesional kesihatan yang laintelah dilatih selama 85 tahun universiti ini ditubuhkan.

Kursk State Medical University adalah salah satu daripada pilihan yang boleh dipilih untuk pelajar melanjutkan pengajian. Sesi kemasukan di universiti berkenaan ialah pada November 2020. Daftar segera sekiranya pelajar berminat untuk untuk menyambung pengajian di luar negara terutama sekali di bidang perubatan.

BACA JUGA :   Perjalanan Untuk Menjadi Doktor Veterinar

Pelajar tidak perlu risau kerana KSMU telah mendapat pengiktirafan daripada ;

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Majlis Veterinar Malaysia (MVC)

Bagi pembayaran yuran pula berbeza dengan yang lain. Sistem pembayaran yuran adalah secara Lock Fee, pelajar hanya perlu yuran yang telah ditetapkan. Yuran dibayar dalam mata wang Malaysia tanpa ada tambahan yuran lain dan bunga.

Daulah Educonsult menawarkan pengajian bidang perubatan di Kursk State Medical University. Selain daripada Rusia, Daulah Educonsult turut menawarkan pengajian di Indonesia, Poland, mesir, Bangladesh dan Turki.

Jika pelajar mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat dengan lebih lanjut. Sila hubungi talian di bawah dan layari laman web serta media sosial kami.

Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here