Terdapat banyak kelebihan jika anda menternak arnab. Arnab bukan sahaja untuk di makan, malah bulu serta najis arnab juga boleh digunakan. Seperi yang kita tahu daging arnab mempunyai banyak khasiat serta kelebihannya.

Bulu arnab pula kebanyakannya dibuat untuk perhiasan. Kepada mereka yang tidak tahu, najis serta ‘urine‘ arnab juga boleh digunakan sebagai baja.

Untuk pengetahuan anda, najis arnab adalah lebih baik daripada baja organik yang berada di pasaran. Ini kerana makanan arnab yang kebiasaanya ialah rumput, palet dan tumbuhan lain membuatkan daging arnab berkhasiat dan cepat membesar.

Najis yang terhasil daripada makanan yang diberikan kepada arnab, mempunyai bahan organik yang sangat tinggi. Ia akan membantu untuk menyuburkan serta membantu untuk memulihkan tanah.

BACA JUGA :   Kesan Pengambilan Daging Arnab Kepada Manusia.

Selain itu, najis arnab juga membantu dalam pembiakan cacing tanah, ini kerana najis arnab mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Malah, ia telah mewujudkan fertilizer semulajadi. Ramai yang masih menggunakan baja sintetik fertilizer, ianya disebabkan oleh kran pengetahuan serta pendedahan tentang sumber untuk mendapatkan baja fertilizer semulajadi secara murah dan berterusan.

Perbezaan antara baja organik dengan baja sintetik adalah kandungan yang terdapat dalam baja tersebut. Kandungan pada baja sintetik adalah nitrogen, asid fosforik dan potasium adalah sangat tinggi. Baja sintetik tidak dapat memulihkan tanah secara berterusan dan juga mempunyai kesan kepada persekitaran berikutan dengan kandungan kimia yang tinggi.

Seperti yang kita tahu, tanah memerlukan bahan – bahan organik seperti najis haiwan untuk terus subur dan memulihkan tanah.  Najis akan kompos dengan semulajadinya akan memberikan tanah kelembapan dan memberikan nutrisi tambahan kepada pokok, tumbuh – tumbuhan dan sayuran.

BACA JUGA :   Menternak Arnab Sendiri Untuk Daging.

Info : NHE Rabbitry

Syarikat Arnab Daulah merupakan syarikat pembekal produk arnab di Malaysia. Syarikat Arnab Daulah bukan sahaja membekal daging arnab, malah terdapat juga produk lain yang dibekalkan.

Antaranya ialah produk makanan (bebola daging arnab, daging burger arnab dan daging arnab segar), bulu arnab, baja (urine dan baja tinja).

Jika anda mahu mendapatkan bekalan daging arnab ataupun produk lain.

Anda boleh menghubungi pihak Arnab Daulah menerusi talian dibawah serta layari laman web untuk maklumat lanjut.

Daging Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/

Tuan Syed – 013 2090322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here