Kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam adalah sebanyak 1096 kes. Daripada jumlah kes tersebut 603 daripadanya ialah kes baharu di Selangor. Kes di Selangor adalah kes tertinggi yang telah dilaporkan semalam,  malah ia meningkat sebanyak 201 daripada kes yang dilaporkan pada 21 November lepas.

Peningkatan kes COVID-19 di Selangor berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya kluster berkaitan tempat kerja iaitu Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 502 kes. Oleh itu, setiap orang mestilah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan, supaya kita semua dapat mengelakan diri dari terkena virus ini.

Kes pulih COVID-19 yang telah dilaporkan pada 21 dan 22 November adalah tinggi berbanding dengan kes baharu yang dilaporkan. Kes pulih pada 21 November ialah sebanyak 1405 dan pada 22 November ialah sebanyak 1104 kes. Tahniah diucapkan dan ribuan terima kasih buat frontliner yang bertungkus lumus dalam menangani kes COVID-19 ini.

BACA JUGA :   Menteri Disiasat Langgar Perintah Kuarantin - Tan Sri Muhyiddin Yassin

KKM menyarankan untuk semua mestilah mengelakkan 3S/3C iaitu elakkan berada di tempat sesak (crowded place), elakkan juga berada di tempat sempit (confined space) dan elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation).

Selain itu, mengamalkan 3W iaitu kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan beri amaran (warn) seperti amalkan etika batuk dan bersin, elak kunjung mengunjungi, dapatkan rawatan jika bergejala dan sanitasi tempat yang kerap disentuh.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here