Maahad Buuth adalah tempat bagi sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu pengajian islam. Menerusi Program Madrasah Daulah, pelajar boleh memasuki ke Maahad Buuth walaupun tidak memiliki sijil seperti SPM dan STAM.
Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka secara tidak langsung akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.
Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth. Maahad Buuth pula merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia.
Pelajar yang lelaki dan perempuan dibenarkan untuk memohon masuk ke Maahad Buuth, serta mereka yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran . Had umur untuk menyertai Program Madrasah Daulah adalah dari seawal usia 12 tahun sehingga 31 tahun.
Bagi pelajar yang mahu melanjutkan pengajian tetapi tidak mendapat sebarang tempat di mana – mana universiti. Ini adalah jalan yang terbaik untuk menyambung pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana.
Pelajar perlu menduduki ujian kelayakan terlebih dahulu sebelum dapat memasuki ke Maahad Buuth. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ianya akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.
Sekiranya pelajar tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth. Mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.
Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun. Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.
Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :
- Tahsinul Quran
- Tahfizul Quran
- Talaqqi Dalaman
- Pengajian Bahasa Arab
- Pengajian Umum
- Program Study Tour
- Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Sekiranya pelajar berminat, pelajar boleh memohon untuk menyambung pengajian di Maahad Buuth menerusi Madrasah Daulah. Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)