Pelajar yang tidak mempunyai sijil SPM dan STPM masih boleh melanjutkan pengajian di Mesir menerusi Program Madrasah Daulah. Untuk pengetahuan pelajar, Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth.

Peluang pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran.

Maahad Buuth adalah merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Maahad Buuth menawarkan tempat kepada sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu pengajian islam dan memasuki Universiti Al – Azhar. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka secara tidak langsung akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

BACA JUGA :   Kehebatan KSMU di Bidang Perubatan

Ini adalah jalan yang terbaik untuk menyambung pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana. Terutama sekali bagi pelajar yang tidak mendapat sebarang tempat di mana – mana institusi pengajian.  Jika berminat untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian islam pelajar boleh terus mendaftar menerusi Madrasah Daulah.

Ujian kelayakan perlu diduduki terlebih dahulu sebelum pelajar dapat memasuki ke Maahad Buuth. Ujian tersebut ialah Ujian Imtihan Qabul, ia akan menentukan sama ada pelajar akan berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.

Kelas yang dimaksudkan ialah :

  • Markaz Nile : kelas Bahasa Arab
  • Sanad Tahsinul Quran : kelas khatam 30 juzuk Al – Quran

Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun. Sekiranya pelajar tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu.  Bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

BACA JUGA :   Program Madrasah Daulah Peluang Untuk Pelajar Lanjutkan Pengajian Di Mesir.

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Jangan lepaskan peluang ini jika pelajar berminat untuk mendalami ilmu pengajian islam. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut, sila layari laman web dan media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here