Sudah ramai orang yang tahu bahawa daging arnab boleh di makan. Disebabkan penerimaan orang ramai terhadap makanan dari daging arnab, permintaan daging arnab juga kian meningkat.

Walaupun begitu, masih terdapat individu yang melihat arnab hanya sekadar sebagai haiwan peliharaan yang comel. Mereka tidak sanggup untuk memakan arnab kerana sifat kasihan terhadap haiwan berkenaan.

Jadi kenapa makan arnab? Yang pasti ialah kita sudah sedia maklum tentang khasiat yang ada pada daging arnab. Daging arnab yang paling sihat, berbanding dengan daging lembu, ayam belanda, sapi muda, dan ayam. Arnab mempunyai peratusan protein tertinggi, peratusan lemak terendah, dan kalori paling sedikit per paun.

Rasa dagingnya adalah lebih kurang seperti ayam. Tetapi daging arnab mempunyai rasa yang sedikit lebih kuat, lebih lembut, dan ia dapat disiapkan dan dimasak sama seperti ayam. Ini kerana daging arnab hampir tidak memiliki lemak “jenuh”, bahkan orang yang mengalami masalah serius dengan saluran pencernaan, boleh memakan daging arnab.

BACA JUGA :   Pembelian Daging Arnab Kini Lebih Mudah Dan Pantas

Daging arnab adalah salah satu white meat terbaik yang terdapat di pasaran sekarang. Seperti yang kita tahu, daging arnab kaya dengan protein. Selain itu ia juga mengandungi vitamin dan mineral, seperti vitamin B dan C, kalium, zat besi, fosforus, dan mineral surih.

Tetapi ia mempunyai jumlah garam natrium yang minimum, yang menjadikannya produk dietetik yang penting. Daging arnab sering kali digunakan dalam diet khas untuk orang tua, bagi pesakit penyakit jantung, diet rendah sodium.

Sumber : TASTE

Syarikat Arnab Daulah merupakan syarikat pembekal produk arnab di Malaysia. Syarikat Arnab Daulah bukan sahaja membekal daging arnab, malah terdapat juga produk lain yang dibekalkan.

BACA JUGA :   Industri Arnab Di Malaysia

Antaranya ialah produk makanan (bebola daging arnab, daging burger arnab dan daging arnab segar), bulu arnab, baja (urine dan baja tinja). Jadi kepada pengemar daging arnab, para peniaga dan restoran yang mahu mendapatkan bekalan daging arnab serta produk arnab yang lain seperti bebola daging arnab dan daging burger. Boleh menghubungi pihak Arnab Daulah untuk membuat tempahan ataupun mendapatkan bekalan.

Sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut boleh melayari laman web kami dan hubungi talian di bawah.

Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/

Tuan Syed – 013 2090322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here