Lanjutkan pengajian ke Maahad Buuth menerusi Program Madrasah Daulah dan pelajar berpeluang untuk menyambung pengajian sehingga ke Universiti Al – Azhar.

Pelajar juga berpeluang untuk menyambung sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana. Jangan lepaskan peluang untuk melanjutkan pengajian di Mesir, segera mendaftar untuk mendapatkan tempat.

Jika pelajar tidak mendapat mana – mana tempat untuk melanjutkan pengajian, digalakkan untuk mendaftar dengan Madrasah Daulah. Terutama sekali bagi mereka yang mahu mempelajari ilmu pengajian islam. Pengajian menerusi Program Madrasah daulah tidak memerlukan sijil SPM dan STAM.

Program Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar yang menuntut ilmu di Maahad Buuth, Mesir.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut ;

  • Pelajar seawal usia 12 tahun sehingga 31 tahun dibenarkan untuk menyambung pengajian.
  • Dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan.
  • Pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran.
BACA JUGA :   Madrasah Daulah & Maahad Buuth Jalan Pintas Ke Al-Azhar

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka akan diserap untuk menyambung pengajian di Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

Maahad Buuth merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Sebelum memasuki Maahad Buuth, pelajar akan menduduki ujian kelayakan.

Ujian kelayakan tersebut ialah Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini akan menentukan sama ada pelajar akan berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth. Pelajar perlu menghadiri kelas terlebih dahulu untuk menduduki ujian tersebut.

Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.

  • Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab.
  • Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran.
BACA JUGA :   Belajar Menerusi Madrasah Daulah Tanpa Sijil.

Sekiranya pelajar tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu.

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Madrasah Daulah adalah peluang untuk anda meyambung pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al – Azhar. Jangan lepaskan peluang ini jika pelajar berminat untuk mendalami ilmu pengajian islam. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut, sila layari laman web dan media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here