Kes COVID-19 yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 1075 kes. Penambahan jumlah tersebut telah menjadikan jumlah kes COVID-19 di Malaysia ialah sebanyak 69 095 kes. Menerusi statistik dunia, negara Malaysia telah menduduki tangga ke 82 daripada 216 negara yang terlibat dengan pandemik COVID-19.

Jumlah kes yang masih aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebantak 10 802 kes. Manakala, kes pulih yang telah direkodkan semalam adalah sebanyak 948 kes, ini menjadikan keseluruhan kes pulih adalah sebanyak 57 917 kes.

Negeri Selangor dan Sabah antara negara yang mencatatkan angka tinggi iaitu sebanyak 459 (Selangor) dan 310 (Sabah). Daripada laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kluster yang telah direkodkan adalah sebanyak 373 kluster. Walaupun begitu, 189 kluster telah dilaporkan tamat. Ini telah menjadikan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 184 kluster.

BACA JUGA :   UTP Menang 13 Anugerah Di Ekspo Teknologi Malaysia

Daripada jumlah kluster yang masih aktif tersebut, beberapa kluster itu telah melaporkan peningkatan kes. Kluster tersebut ialah kluster :

  • Kluster Usaha (84 Kes)
  • Kluster Kaya (74 kes)
  • Kluster Hentian (60 kes)

Bagi menggelakan daripada virus ini dari terus merebak dan menular, kita semua mestilah mematuhi SOP dan nasihat pihak kerajaan serta KKM. KKM turut menyarankan untuk semua mestilah mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S/3C.

Elakkan 3S/3C.

  • Elakkan berada di tempat sesak (crowded places)
  • Elakkan juga berada di tempat sempit (confined places)
  • Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation)

Amalkan 3W.

  • Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
  • Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
  • Beri amaran (warn) seperti ;
    • Amalkan etika batuk dan bersin,
    • Elak kunjung mengunjungi,
    • Dapatkan rawatan jika bergejala dan
    • Sanitasi tempat yang kerap disentuh.
BACA JUGA :   Tertinggi Dalam Sejarah, Kes Melonjak Sehingga 432 Positif COVID-19

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here